CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1928|Reply: 28

[Tempatan] Pesakit boleh mengadu di saluran rasmi, bukan media sosial. Setuju ke tak ni?

[Copy link]
Post time 14-1-2022 08:48 AM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM - Pesakit mempunyai hak untuk mengadu namun perlu melalui saluran rasmi fasiliti kesihatan dan bukan di media sosial yang tidak terkawal, kata Presiden Persatuan Farmasi Malaysia, Amrahi Buang.

Ujar beliau, tindakan mengadu di media sosial itu tidak membawa faedah kepada mana-mana pihak kerana pelbagai anggapan telah digunakan serta ia tidak semestinya benar.

"Pesakit selalu betul (‘patient is always right’) adalah satu pandangan yang kurang tepat kerana pesakit juga boleh melakukan kesilapan dan perlu diperbetulkan untuk mendapat perkhidmatan dari fasiliti kesihatan.

“Pesakit ada hak (‘patient has a right’). Ini adalah benar.

“Tanggungjawab pesakit (‘patient responsibility’) juga penting kerana untuk memberi perkhidmatan yang baik di fasiliti kesihatan, seorang pesakit perlu melaksanakan tanggungjawabnya terlebih dahulu,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Pada Isnin, tular di media sosial mengenai seorang pegawai Hospital Kuala Lumpur (HKL) didakwa biadab terhadap seorang pesakit yang berurusan di farmasi hospital berkenaan.

Mengulas lanjut, Amrahi berkata, setiap staf khususnya di kaunter perlu diberikan latihan dalam aspek komunikasi pelanggan yang berkesan.

"Pesakit bermasalah (‘difficult patients’) perlu ditangani secara tertib. Jika staf di kaunter tidak mampu untuk menangani pesakit sedemikian, mereka boleh merujuk pesakit kepada penyelia atau pegawai atasan.

https://www.sinarharian.com.my/article/182854/BERITA/Nasional/Pesakit-boleh-mengadu-di-saluran-rasmi-bukan-media-sosial





Single Polls, Total 36 Users voted

Poll is finished

72.22% (26)
8.33% (3)
19.44% (7)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2022 09:13 AM | Show all posts
terkeno kt member wa , g langkawi, masuk 1 malam je, esok nya bawak barang2 duti free byk2 pastu kene tahan kastam, kena isi form dan bayar tax,

dia keluar fon nak rakam,

kena sound, encik jgn rakam ye encik, sila padam..  tak boleh rakam kt sini


ada la tu yg dia tak puas hati kot... dn dia pn suka juga jaja citer di FB ,

nasib baik kastam tu sound, kalo tak ntah apa dia tulis, silap2 viral, takut dia igt dia betul, tp dia salah, pastu kene kecam pastu murung... jd adalah lebih baik guna saluran yg betul...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 09:20 AM | Show all posts
dah mengadu pun x selamat. akta whistle blower pun x telus.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 09:23 AM | Show all posts
Akta whistle blower tu kena mengadu in discreet dgn channel yg betul.  Bukan gi viralkan kat socmed.  tapi kat malaysia ni gomen agensi complen la guna apa pun esok2 jadi lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia.. yg mengadu jgk dipersalahkan hokay? Habis tew?? Socmed ni medium perantaran unofficial .. bergerakla selari dgn teknologi. Org pun byk kerja lain nk buat dr nak isi form rasmi online hentah ke seminggu baru nk reply!
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 09:28 AM | Show all posts
aduan kat saluran rasmi mana pernah dilayan. reply pon macam nak tak nak jer. pastu cakap akan disiasat lebih lanjut..2-3 bulan pon xsetel..apetah yg lanjut pon xtahu laaaaa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2022 09:37 AM | Show all posts
Edited by capiloton at 14-1-2022 12:18 PM

social media gak yang terbaik.

nak harap mainstream? ini semua tara guna punya orang.
budaya keje gomen dan menteri dalam negara nih,
kena kasi viral, baru dia buat kerja
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduan rasmi???hahahahahahahahahahahahahahhahahahaha!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2022 10:02 AM | Show all posts
no tq
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Setuju.

Iols pernah buat aduan dilayan kasar oleh pembantu perubatan di Hospital Serdang.
Guna borang yg diletak di kaunter perkhidmatan pelanggan tu. Itukan ada dlm ISO documentation, pastinya mereka follow up betul2 dan update kita sampai selesai siasatan. Pastikan isi Nama sendiri, emel, no. Telefon Dan tulis kejadian dan Nama staff yg nak diadu itu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 10:12 AM | Show all posts
stupid ideas..
aku pernah email aduan aku personal kat pengarah satu jabatan ni.. sikit pun dia tak reply..
atleast boleh je reply ambil maklum ke apa..

jabatan sendiri pun tanak handle, pastu kau expect kalau buat laporan rasmi tu ada yg nak layan ke..
kes hanafi dah membuktikan semua ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
saluran rasmi?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 11:22 AM | Show all posts
penah buat 1 repot kat 1 jabatan ni
cukup setahun diwhoareyuskan repot aku
hantar wassap kata kes tutup
aku pegi naik jabatan tanya kenapa tutup repot
datang tengok pun tidak
aku bgtau pegawai tu
tolong dtg tengok kawasan yg aku repot tu
klu tak aku buat bising
tau plk dtg melawat kawasan
hujung2 baru ada tindakan
takut la tu kena viral
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Takot kuase viral lattew..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 01:42 PM | Show all posts
Zaman sekarang orang ramai lebih percaya guna kuasa media sebab lebih cepat latahnya
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
bust aduan psl peniaga x letak tanda harga pon..depa 'minta ic'....mmmmm......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2022 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat aduan rasmi kt sispaa kkm. Kne daftar dulu la. Google je sispaa kkm. Mana2 kementerian pn boleh. Google je sispaa kementerian sekian2

Aku pernah buat aduan kt kkm guna sispa ni. Dorg call utk bg penjelasan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Boooooooooo
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
ai bukan manusia socmed. fb ig semua berhabuk tapi kalo tak viral mmg dorang takkan menggelupur. ko mengadu je ikut channel yg betul tapi ko viral juga  
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 04:49 PM | Show all posts
che-cikL replied at 14-1-2022 10:04 AM
Setuju.

Iols pernah buat aduan dilayan kasar oleh pembantu perubatan di Hospital Serdang.

staf yg layan kasar tu kena tindakan tak
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.240931 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list