CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
12Next
Return to list New
View: 2244|Reply: 28

Laki Bini Penjawat Awam Kantoi Guna Sijil Vaksin Palsu Demi Bonus Tahunan

  [Copy link]
Post time 14-1-2022 06:07 AM | Show all posts |Read mode
Tindakan sepasang suami isteri penjawat awam mengemukakan sijil vaksinasi Covid-19 palsu, mengundang padah apabila ditahan polis pada Selasa lalu.


Penipuan yang dibuat kedua-dua penjawat awam di sebuah jabatan kerajaan di Melaka terbongkar susulan satu laporan polis.


Difahamkan pasangan berusia 33 dan 38 tahun itu membeli dan memuat turun sijil vaksinasi palsu berharga RM500 seorang untuk mendapatkan bonus gaji menerusi seorang rakan dari jabatan sama yang bertindak sebagai orang tengah.




Gambar hiasan/Soya Cincau




Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan awal mendapati orang tengah berusia 58 tahun itu memuat turun aplikasi sijil vaksin lengkap dua dos palsu daripada seorang suspek yang masih bebas digelar sebagai 'VNilai'.


Menurut beliau, tangkapan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan polis daripada seorang pegawai tadbir jabatan tersebut yang telah dimaklumkan pengarahnya berhubung sijil vaksinasi yang mencurigakan itu.


Jelas Arshad, pengadu kemudian menghantar surat kepada Klinik Kesihatan Rembia untuk membuat semakan pada 31 Disember tahun lalu untuk pengesahan tentang status tersebut sebelum pihak berkenaan mengesahkan kedua suspek tidak menerima sebarang vaksin.


"Bertindak atas maklumat itu, ketiga-tiga suspek ditahan selepas dipanggil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah sekitar jam 4 petang pada Selasa lalu.


"Kita juga telah merampas telefon bimbit milik kesemua suspek dan ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) selama tiga hari dan akan disambung bagi membantu siasatan," katanya pada Khamis.


Mengulas lanjut, beliau berkata, polis sebelum ini pernah menerima laporan daripada suspek bahawa dia enggan di vaksin pada pertengahan tahun lalu.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 14-1-2022 06:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni bonus yg 700 seorang tu ke?  So spent 1k to get 1400 lepas tu kantoi. Tu la siapa suruh buat police report tak nak vaksin bagai. Ni mesto satu dept tau depa anti vaks tegar if diam2 sure lepas.  
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 09:00 AM | Show all posts
ko kejar bonus apooo ni?

sudah nya kena tangkap, lokap, mahkamah, sabit, pecat

apooo yg bonus nya?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 09:04 AM | Show all posts
saviour_09 replied at 14-1-2022 09:00 AM
ko kejar bonus apooo ni?

sudah nya kena tangkap, lokap, mahkamah, sabit, pecat

langsung hilang kewewahan dunia...yang penting maruah diri tidak dicemar dengan segala vaksin...
gitu......


mohon acik rita memberi sepatah dua kata.....

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 09:06 AM | Show all posts
laksmanabentan replied at 14-1-2022 09:04 AM
langsung hilang kewewahan dunia...yang penting maruah diri tidak dicemar dengan segala vaksin...
g ...

wow giteeewww skali level pemikiran deyols
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Bonus 700,sijil fake 500,dpt 200 jah siap dgan tambahan denda lagi. Benda boleh dpt free kau pergi bayar, bodoh ke dek? Ni mesti puak2 peminum teh depan gazebo yg dh menggelupoh tgok ummah keluar berjalan, mereka terpaksa senyap sunyi depan gazebo. Kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Bonus 700,sijil palsu 500.untung 200. Baloi ke? Dah la penjawat awam, hukuman tatatertib menanti dirimu
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 10:44 AM | Show all posts
Padan muka nak untung tapi rugi ribu malu pun dapat apooo
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 14-1-2022 11:04 AM | Show all posts
bonus rm700 bayar sijil rm500 so dapat rm200 jah?
kata antivax kaya bebenar..
takat rm200 pun nak menipu bagai..
kahkahkah..
baik la gi je tadah tangan kalau rm700 tu besar sangat nilai kat mata antivax ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Sijil vaksin palsu ni macam mana nak kenal? Adakah walaupun palsu, tapi masih boleh generate dan print dari mysejahtera. Ada sesiapa boleh bagi pencerahan? Acik tak berapa celik IT lah...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 11:19 AM | Show all posts
Moyangkucing replied at 14-1-2022 11:08 AM
Sijil vaksin palsu ni macam mana nak kenal? Adakah walaupun palsu, tapi masih boleh generate dan pri ...

mungkin dari QR code itu tak boleh di baca..
jadi tengok aja dalam mysejahtera maybe tak tahu ori atau palsu..
tapi bile dicek QR code dalam mysejahtera itu ketahuan itu bukan original
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Vaksin je lah.   Or dptkan surat pengakuan doktor yg bdn tu x sesuai utk vaksin ..ada my sedara yg x vaksin sbb doc verify kata dia alergi....dr buat tindakan bodoh camni..org pun x respect.   Doalah byk2 moga umur pjg klu kn juga ambil vaksin
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 11:31 AM | Show all posts
laksmanabentan replied at 14-1-2022 11:19 AM
mungkin dari QR code itu tak boleh di baca..
jadi tengok aja dalam mysejahtera maybe tak tahu ori  ...

jenis yg murah boleh kesan,
yg mahal punye xde beza,dlm sistem pun ade,
cuma dalam badan je xde vaksin
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Cucuk vaksin free je
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg "bijok" sgt laki bini ni ye
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak berbaloi langsung bonus 700 tu kalau 70k berbaloi la juga.
Lupakan jelaa duit 700 dan berpegang la teguh dgn prinsip korang.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 14-1-2022 01:28 PM | Show all posts
acik2 pocik2 gomen obese rata2 tak tahu halal haram kut??

dats y obese then tiga seragkai

rejeki tak berkaaaatttttt  
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 01:30 PM | Show all posts
Kerja sia2 kalau dia sabar tak jadi masaalah pun.  Habuan tu pun pasti masih boleh diterima walau mungkin lambat sikit dari kawan2 yang lain.  Ni mesti lupa rujuk lawyer sebelum buat keputusan singkat yang akhirnya menyusahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang lain relax je tak vaksin dan tak hadap bonus rm700 tuhhh
Buat Bodo sudahhh
Macam2 kerenah pegawai yang penakut dengan KJ pun dah hadap. Relax sudahhh
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 14-1-2022 01:30 PM
Kerja sia2 kalau dia sabar tak jadi masaalah pun.  Habuan tu pun pasti masih boleh diterima walau mu ...

Yer..dia ada sesi interview tolak vaksin apa tah..
Maybe nak betoll2 confirmkan apa masalah taknak tu
Bukan terus2 tak dapat
Jahat sangat
Cukai ko ambik lebih dari jumlah bonus tau
Tetiba bonus ko sekat Sebb taknak vaksin
Berani ke buat kerja tak berkat
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-8-2022 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.098669 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list