CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 277|Reply: 0

[Borneo] Satu kes varian Omicron dikesan di Labuan

[Copy link]
Post time 13-1-2022 06:57 PM | Show all posts |Read mode


ANGGOTA Jabatan Kesihatan Labuan menjalankan ujian Covid-19 dan Polymerase Chain Reaction (PCR) di Klinik Kesihatan Membedai semalam. • Foto BERNAMA

LABUAN: Satu kluster baharu COVID-19 iaitu Kluster Jalan OKK Awang Besar Saudi telah dikesan di pulau bebas cukai ini dalam masa 24 jam, melibatkan 13 kes termasuk satu kes varian Omicron.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata, kluster itu dicetuskan oleh jemaah umrah yang pulang ke pulau ini pada 21 Disember lepas dan telah berinteraksi dengan beberapa orang anggota keluarga serta individu lain.

Jalan OKK Awang Besar terletak di pusat bandar Labuan.

Beliau berkata pesakit varian Omicron itu kini menjalani kuarantin di pusat kuarantin.

“Pesakit ini telah dikesan positif varian Omicron selepas kembali daripada mengerjakan umrah pada Disember 21 dan beliau tidak menunjukkan sebarang simptom,” katanya kepada Bernama semalam.

Dr Ismuni berkata, pengesanan kontak rapat 13 pesakit terbabit kini sedang dilakukan dan seorang daripada mereka difahamkan telah pergi ke jualan gerai Tahun Baharu di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa baru-baru ini.

Labuan merekodkan dua digit kes Covid-19 iaitu 15 kes pada 2 Januari, sebelum turun ke dua kes sahaja pada keesokan harinya.

Meskipun kes Covid-19 di sini masih terkawal, beliau berkata semua pihak perlu terus berwaspada dan mematuhi prosedur operasi standard selain mengelak pergi ke tempat-tempat sesak.

Labuan merekodkan jumlah kumulatif kes sebanyak 10,863 termasuk 15 kes baharu dilaporkan semalam.

Menurut kenyataan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Selasa lalu, sebanyak 122 kes varian Omicron dilaporkan di seluruh negara setakat 4 Januari membabitkan 117 kes jangkitan import dan lima penularan tempatan. – Bernama


January 6, 2022
Utusan Sarawak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.054149 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list