CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1968|Reply: 2

6 Perkara Pelik Pernah Diharamkan Di Dunia!

[Copy link]
Post time 13-1-2022 06:50 PM | Show all posts |Read mode
Mengharamkan benda atau perbuatan bukan perkara luar biasa, malah ianya lumrah dalam kehidupan. Jadi, tidak mustahil ada beberapa perkara cuba diharamkan pihak tertentu.

Walaupun tidak masuk akal, ianya pernah berlaku dan berikut merupakan 6 perkara pelik pernah diharamkan di dunia.



  • Kentang (Perancis)

kredit foto: Allrecipes



Kentang pernah diharamkan pada 1748 oleh Perancis atas alasan sayuran ubi itu bukan makanan manusia, tetapi untuk ternakan.



Rakyat Perancis juga percaya yang kentang membawa penyakit leprosy ataupun kusta.

Selepas 25 tahun ia diharamkan, seorang pegawai farmasi ketenteraan, Antoine-Augustin Parmentier yang pernah menjadi tahanan tentera Jerman lama (Prussia), menyakin masyarakat Perancis bahawa kentang adalah sejenis makanan yang enak dan selamat dimakan.

Fakta kecil: Tahukah anda kentang goreng berasal dari Belgium dan bukan dari Perancis walaupun ianya dipanggil "French Fries"?



  • Hap (England)
kredit foto: YourMusicial



Anda mungkin pernah melihat atau mendengar alat muzik ini dalam filem fantasi atau epik.



Sekitar tahun 1500, England dan Ireland berada dalam situasi tegang, malah Keluarga Diraja England ketika itu menganggap pemain hap sebagai satu ancaman kerana kuasa dimiliki selain mempunyai pengaruh yang sangat hebat.

Keadaan itu sangat teruk sehingga mereka dituduh sebagai perisik dan Ratu Elizabeth telah memerintahkan kesemua pemain hap ditangkap, gantung sampai mati dan instrumen itu dihapuskan.

Pada tahun 1650, Jeneral dan Ahli Dewan Negara Oliver Cromwell mengharamkan penggunaan hap secara menyeluruh dan pemaini hap dilarang menyertai sebarang aktiviti secara berkumpulan.



  • Penternakan Ikan kap (China)
kredit foto: PregnantPlate



Ikan Kap yang merupakan
spesies asli di China secara dasarnya adalah ikan yang mudah ditemui. Difahamkan, ia telah diternak sejak berkurun lamanya. Ikan yang mudah dibela dan membesar dengan cepat itu juga menjai makanan sangat digemari masyarakat China.

Tetapi, ianya berubah ketika pemerintahan Dinasti Tang dari tahun 518 hingga 906 Tahun Masihi. Ikan itu diharamkan daripada diternak kerana bunyi panggilan ikan berkenaan dalam Bahasa Cina kedengaran agak sama dengan nama keluarga Maharaja tersebut.

Yang anehnya, pengharaman ikan tersebut dikatakan menyumbang kepada perkembangan bidang akuakultur di China. Ekoran pengharaman itu, nelayan dan penternak beralih ke spesies ikan lain.



  • Perkataan "Mate" (Australia)
kredit foto: The Economist



Jika anda pernah mendengar frasa "G'day, mate!" anda mungkin fikir itu hanya untuk bertanya khabar di negara Australia kerana penggunaan perkataan "mate" itu sememangnya terkenal dengan budaya rakyat di negara itu.

Tetapi, pada 2005, seorang Ahli Parlimen mengejutkan dunia apabila beliau mengharamkan penggunaan perkataan "mate" kerana bagi beliau ianya tidak sopan memanggil diri dan orang lain dengan gelaran itu.

Pengaharaman yang tidak berasas itu mendapat kecaman dari seluruh rakyat Australia dan di luar negara, tidak sampai 24 jam pengharamannya, ia ditarik semula.



  • Pinball (Amerika Syarikat)

kredit foto: The Short Game



Sebelum konsol permainan video wujud, ramai remaja dan kanak-kanak menghabiskan waktu bermain permainan arked.



Ketika itu, setipa arked permainan pasti ada mesin pinball yang mempunyai pelbagai variasi.

Tetapi, mesin Pinball mendapat reputasi yang agak teruk ketika itu dan menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk di Chicago, Los Angeles dan New York.



Pada awal 1940-an, ketiga-tiga bandar tersebut mengharamkan permainan pinball kerana didakwa menjadi punca keruntuhan akhlak dalam masyarakat dan dikaitkan sebagai mesin judi.

Kerajaan ketika itu melihat cara bermain yang memerlukan pemain menggoncang sendiri mesin untuk bergerak
sebagai perbuatan "mencuba nasib" yang dikaitkan dengan judi.



Pengharaman mesin Pinball itu berlanjutan selama lebih kurang 30 tahun sehingga 1976.




  • Pemain video tegar Gran Turismo (UK)

kredit foto: Machkun1



Kita biasa dengar yang banyak permainan video diharamkan kerana pelbagai unsur tidak elok, tetapi jarang kita dengar kalau pemain video itu sendiri yang diharamkan. Itu yang berlaku pada 2013 ketika Kejohanan GT British.

Pada 2008, Akademi GT Nissan mengambil pemain video Gran Turismo untuk memandu dan berlumba di trek menggunakan kereta lumba sebenar.



Namun, pada 2013, ahli jawatankuasa Kejohanan GT British mengharam pelumba yang pernah bermain video Gran Turismo daripada menyertai perlumbaan campuran (pro-am) anjuran mereka.



Ia berikutan kemenangan seorang pemandu amatur, Jann Mardenborough yang hampir menyamai kehebatan pelumba profesional yang telah bertahun-tahun menjalani latihan.



Sejak itu, semua pemain 'menggunakan game Gran Turismo sebagai latihan' diharamkan daripada menyertai perlumbaan berkenaan kerana tidak adi bagi pelumba amatur lain.




Apakah pengharaman paling pelik bagi anda? - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2022 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Jijoli at 13-1-2022 09:14 PM

Sebab yg mula buat French fries, keturunan Peranchis kot, komposisi majoriti di Belgium tu keturunan Peranchis dan belanda
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2022 05:21 PM | Show all posts
main pinball kena goncang2 kan ke,bukan tekan2 je ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.071491 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list