CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 311|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki ditahan curi wang RM230,744, rakan masih diburu

[Copy link]
Post time 13-1-2022 06:45 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Wang tunai milik mangsa yang berjaya dirampas kembali semasa penahanan suspek.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki ditahan pihak polis selepas melarikan wang sebanyak RM230,744 daripada seorang peniaga di Likas Square baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata rakan sejenayah suspek yang melarikan RM45,000 juga kini giat diburu pihak polis.

“Hasil siasatan mendapati seorang peniaga yang juga pengusaha rangkaian runcit premium terbesar di Sabah kehilangan wang jualan sebanyak RM230,744 yang diletakkan di dalam but kenderaannya kira-kira jam 4.34 petang 10 Januari lalu.

“Kejadian berlaku semasa mangsa meletakkan kenderaannya di tempat letak kereta dan keluar untuk mengambil hasil wang jualan harian di salah sebuah kedai runcitnya di Likas Square,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata semasa menghala balik ke tempat letak kereta itu, mangsa kemudiannya mendapati penggera keretanya berbunyi dan tingkap di bahagian pemandu dipecahkan.
“Mangsa memeriksa bahagian but kenderannya dan mendapati dua beg berisi wang tunai RM230,744 sudah dilarikan suspek.

“Pada masa sama seorang saksi memberitahu mangsa melihat seorang lelaki memecahkan cermin kenderaannya sebelum membawa keluar dua beg dari kereta itu dan beredar menyeberangi jalan terbabit.

“Mangsa kemudiannya bertindak meminta bantuan anggota Polis Balai Kota Kinabalu yang sedang menjalankan rondaan motosikal di sekitar lokasi itu,” katanya.

Mohd Zaidi berkata bertindak dengan kejadian, pasukan polis kemudiannya mengejar suspek sebelum berjaya menahan sebuah kereta jenis sedan di hadapan Sekolah Rendah St. Agnes Jalan Teluk Likas.

“Suspek yang berada di bahagian pemandu berjaya ditahan bersama wang tunai RM185,744 dan polis turut merampas beberapa barangan termasuk kereta suspek, dua pasang sarung tangan serta tukul yang dipercayai digunakan semasa kejadian.

“Seorang lagi rakan sejenayah suspek yang dikenali sebagai Fredius George, 33 beralamat di Kampung Kabatang Baru Keningau berjaya melarikan diri bersama wang tunai RM45,000 dan kini sedang diburu polis,” katanya.

Menurutnya soal siasat terhadap suspek berumur 56 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan itu mendapati suspek mengaku hanya bertindak sebagai pemandu sahaja.

Katanya suspek bagaimanapun kini dalam tahanan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.


utusanborneo.com.my/2022/01/13
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.062023 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list