CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 274|Reply: 0

[Sabah] ATB2 gagalkan cubaan 14 PTI masuk secara haram

[Copy link]
Post time 13-1-2022 06:42 PM | Show all posts |Read mode


TANGKAPAN: Semua PTI berkenaan dikepung dan ditahan sebaik sahaja diturunkan oleh juragan bot yang membawa mereka daripada negara jiran.

TAWAU: Pasukan Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2) berjaya menggagalkan cubaan 14 pendatang tanpa izin (PTI) masuk ke negara ini secara haram di Jeti Pemunggahan Balak, Kampung Hidayat, di sini, semalam.

Kesemua mereka ditahan oleh pasukan Quick Reaction Force (QRF) yang menjalankan tugas rondaan Op Benteng Bersama di lokasi berkenaan kira-kira jam 3.40 petang.

Komander ATB 2, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata sebelum itu, pasukan QRF mengesan sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan sedang berlabuh di jeti berkenaan.

Katanya, bot berkenaan kemudiannya menurunkan kesemua penumpangnya ke daratan sebelum memecut laju beredar secara tergesa-gesa dari jeti tersebut.

“Pasukan QRF segera mengepung kesemua warga asing terbabit dan bertindak menahan mereka untuk pemeriksaan dokumentasi.

“Bagaimanapun, tiga lelaki cuba melarikan diri selepas mereka dikepung, namun berjaya ditahan semula,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, warga asing yang ditahan terdiri daripada empat lelaki, enam wanita dan empat kanak-kanak berumur 3 hingga 53 tahun.

“Hasil pemeriksaan, semua warga asing berkenaan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan mengaku masuk ke negara ini secara haram.

“Siasatan awal mendapati mereka menaiki bot daripada Pulau Sebatik yang sudah diatur oleh tekong dan akan diambil oleh tekong darat di Tawau untuk ke destinasi seterusnya,” katanya.

Beliau berkata, pasukan QRF melaporkan tangkapan tersebut kepada Pusat Operasi Wilayah Bersama (POWB) ATB 2 untuk tindakan susulan.

“Kemudiannya, kesemua PTI terbabit ditahan dan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Abdul Karim berkata tangkapan ini adalah kejayaan ketiga ATB2 dalam mengekang kemasukan PTI secara haram sepanjang bulan Januari tahun ini.

“Saya mengucapkan tahniah kepada semua anggota yang bertugas di POWB ATB2, pasukan QRF dan anggota keselamatan lain atas kejayaan tersebut.

“Semua warga MK ATB 2 diingatkan supaya terus kekal menjadi angkatan yang kredibel dan sentiasa meningkatkan tahap kesiapsiagaan operasi sebilang masa,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/13
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.053701 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list