CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 240|Reply: 0

[Sabah] Empat rumah, lima kenderaan terbakar

[Copy link]
Post time 13-1-2022 06:40 PM | Show all posts |Read mode


MUSNAH: Api marak memusnahkan empat rumah dan lima kenderaan di Kampung Suok Batu Jalan Cyber City di sini.

KOTA KINABALU: Empat rumah dan lima kenderaan musnah dalam kebakaran yang berlaku seawal jam 6.30 pagi di Kampung Suok Batu Jalan Cyber City di sini semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Misran Bisara berkata pihaknya mendapat panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 6.37 pagi.

“Bertindak dengan kejadian, 14 pasukan serta pegawai dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang digerakkan ke lokasi.

“Turut serta dalam operasi ialah pasukan bantuan dari BBP Kota Kinabalu,” katanya sambil menambah kawasan kejadian terletak tujuh kilometer dari jarak BBP Penampang.

Katanya pasukan yang tiba di lokasi segera menjalankan operasi memadam kebakaran menggunakan sumber air dari jentera bomba serta pili bomba yang terletak berhampiran lokasi kejadian.

“Kebakaran dapat dikawal jam 7.06 pagi dan kejadian memusnahkan empat rumah jenis kekal seluas 20X30 kaki persegi bagi setiap rumah.

“Turut musnah dalam kebakaran ini ialah lima kenderaan milik penghuni,” katanya.

Tambahnya tindakan pantas pasukan bomba mengawal api berjaya menyelamatkan dua rumah lain di lokasi daripada turut terbakar.

“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dalam kes ini dan punca kejadian serta jumlah kerugian keseluruhan masih dalam siasatan pihak berkuasa,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/13
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.051885 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list