CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 291|Reply: 0

[Sabah] Jalan Kg Kumawanan yang rosak kini diatasi

[Copy link]
Post time 13-1-2022 06:38 PM | Show all posts |Read mode


SELENGGARA: Kerja-kerja pembaikan jalan kampung Kumawanan sedang dilaksanakan demi memudahkan aktiviti penduduk kampung.

Jalan Kg Kumawanan yang rosak kini diatasi, hasil keprihatinan RobertKENINGAU: Penduduk di kampung Kumawanan menzahirkan rasa kesyukuran kepada Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik atas keprihatinannya terhadap masalah yang dihadapi mereka berhubung jalan yang rosak di kampung itu.

Keadaan jalan kampung sebelum ini yang berlubang dan berlumpur itu kini telah diselenggara, membolehkan penduduk kampung yang rata-rata terdiri daripada pesawah dan pekebun melaksanakan aktiviti harian mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan Kampung (JPKK) Kg Kumawanan, Jamilah Bianus yang mewakili penduduk kampung merakamkan penghargaan kepada Robert yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor diatas keprihatinan beliau terhadap permasalahan penduduk.

“Keadaan jalan yang berlubang dalam dan berlumpur ini amat menyukarkan  penduduk yang melalui jalan tersebut setiap hari terutama kenderaan kecil milik penduduk setempat yang berulang alik menghantar anak-anak ke sekolah dan urusan lain penduduk termasuk bagi memasarkan hasil pertanian ke pekan.

“Masyarakat kampung amat bersyukur kerana jalan yang terbiar sejak sekian lama ini kini telah ditimbun dan ini jelas membuktikan Robert amat prihatin terhadap masalah rakyat di akar umbi, “ kata Jamilah ketika dihubungi.


utusanborneo.com.my/2022/01/13

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.064387 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list