CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 240|Reply: 0

[Sarawak] Remaja bantu lupus harta curi dikenakan bon berkelakuan baik

[Copy link]
Post time 13-1-2022 06:32 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 13-1-2022 10:33 AM



KUCHING: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dikenakan bon berkelakuan baik oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah melakukan kesalahan membantu melupuskan harta curi.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali memerintahkan remaja tersebut dikenakan bon selama tempoh setahun dengan RM100 (didepositkan) dan bapa sebagai penjamin.

Beliau menetapkan demikian setelah meneliti laporan sosial tertuduh yang disediakan pegawai penasihat dari Jabatan Kebajikan Masyarakat hari ini, selain meneliti berat kesalahan dilakukan, mengambil kira fakta kes dan kepentingan awam.

Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa membantu melupuskan harta curi iaitu seunit gerudi (drill) dengan cara menjualnya kepada lelaki lain pada harga RM50.

Perbuatan itu didakwa dilakukannya pada 18 September 2021, jam lebih kurang 5.30 pagi di sebuah rumah di Cahya Damai, Bandar Baru Semariang di sini.

Berdasarkan keterangan kes, pemilik gerudi tersebut yang juga pengadu dalam kes ini mendapati rumahnya telah dimasuki orang.

Pemeriksaan lanjut mendapati beberapa barang milik pengadu hilang termasuklah gerudi yang disimpan di dalam biliknya.

Laporan polis dibuat dan hasil siasatan polis seterusnya membawa kepada seorang lelaki yang mengaku membeli gerudi berkenaan daripada tertuduh.

Tertuduh seterusnya ditangkap dan didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad.


utusanborneo.com.my/2022/01/13
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.144005 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list