CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 308|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 13/01/2022

[Copy link]
Post time 13-1-2022 06:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 15-1-2022 09:47 AM



COVID-19 : Kes Jangkitan Turun 23 Kes
KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah mencatatkan sedikit penurunan sebanyak 23 kes berbanding semalam menjadikan jumlah kumulatif harian sebanyak 257 kes pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah kes jangkitan di daerah Kota Kinabalu juga turut bertambah dengan 65 kes hari ini.

“Jumlah kes-kes baharu di Kota Kinabalu terus bertambah dengan 65 kes hari ini, 12 kes lebih tinggi berbanding semalam.

“Secara keseluruhan lapan daerah merekodkan kes dua angka, 15 daerah mencatatkan kes satu angka dan empat lagi daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, terdapat 12 daerah mencatatkan penurunan kes harian dengan dua daerah iaitu  Kinabatangan dan Ranau merekodkan pengurangan yang agak baik masing-masing dengan 24 kes dan 18 kes lebih rendah berbanding semalam.

Katanya, sembilan daerah lagi mencatatkan peningkatan kes harian dengan tiga daerah menunjukkan peningkatan kes yang agak tinggi iaitu Tuaran (+22 kes), Kota Kinabalu (+12 kes) dan Sandakan (+10 kes).

“Sejumlah enam daerah kekal sebagaimana catatan semalam.

“Sebanyak 254 daripada 257 kes yang direkodkan adalah dalam Kategori 1 dan 2. Terdapat dua kes dalam Kategori 3 dan tiada kes dalam direkodkan dalam Kategori 4 dan 5.,” katanya.

Katanya, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) masih lagi membuat penilaian ke atas satu kes.


sabahmedia.com/2022/01/13

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.051889 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list