CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 577|Reply: 0

LG Bakal Keluarkan Mini Van Futuristik?

  [Copy link]
Post time 13-1-2022 06:10 PM | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini, LG telah mengeluarkan konsep mini van yang dipanggil Vision Omnipod yang dikatakan penyelesaian pengangkutan dipadankan dengan antara muka kercerdasan buatan (AI).

Mini van buatan LG ini menampilkan rekaan terkini dan moden yang bersesuaian bersama elemen futuristik seperti dilengkapi maskot sistem AI LG dikenali sebagai Reah.


kredit foto: Yanko Design




Vision Omnipod dibentuk sebagai penyelesaian sehenti yang boleh memenuhi keperluan harian kepada pengguna.




Ia direka untuk pelbagai keggunaan seperti pejabat bergerak, pawagam mini, pusat beli-belah alam maya dan boleh ditukar kepada mod berkhemah jika anda mahu berehat dari kerja.



Tata atur Vision Omnipod itu sangat menarik kerana lantai dipasang skrin supaya keseluruhan kabin itu dapat diseleraskan mengikut tema bagi sesiapa yang memiliki van mini berkenaan.


kredit foto: LG



Vision Omnipod juga boleh ditukar kepada mod tidur yang membuatkan lampu menjadi malap dan tempat duduk diubah menjadi katil tidur.



Pun begitu, tidak pasti bila produk ini akan berada di pasaran.

Apa anda buat kalau anda dapat Mini Van ini?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.250441 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list