CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8835|Reply: 32

[Lain-lain] ...Keadaan banjir di KL, Selangor dan keperluan untuk mangsa...

  [Copy link]
Post time 13-1-2022 05:33 PM | Show all posts |Read mode
Edited by seribulan at 28-1-2022 07:40 AM

LAPORAN TERKINI KEJADIAN BENCANA DI SELURUH NEGARA dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara(Pada Jam 4.00 am, 13 Januari 2021)




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-1-2022 08:22 PM | Show all posts


Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan kerja-kerja pembersihan longkang ketika Program Mega Pembersihan Pasca Banjir di Taman Sri Muda Seksyen 25 hari ini. - foto BERNAMA
Sementara itu, NADMA memaklumkan hingga hari ini, operasi pembersihan pascabanjir di Selangor telah mencapai 100 peratus selesai dengan jumlah sisa dibersihkan sebanyak 607.51 tan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2022 08:19 AM | Show all posts
250 tan bantuan kemanusiaan UAE untuk mangsa banjir MalaysiaBernama
Januari 11, 2022 13:46 MYT







Datuk Bandar Shah Alam Datuk Zamani Ahmad Mansor (dua, kanan) menerima sumbangan mangsa banjir daripada wakil kerajaan UAE melalui Emirates Red Cresent, Mohamed Salim Aljunaibi (dua, kiri). - Bernama


ABU DHABI: Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah menyumbang 250 tan bantuan kemanusiaan berupa pelbagai barangan keperluan kepada mangsa banjir di Malaysia pada minggu pertama 2022.

Ia merupakan sebahagian daripada fasa pertama bantuan kemanusiaan UAE yang memberi tumpuan kepada keperluan tempat tinggal, makanan dan kesihatan, lapor portal berita tempatan UAE Al-Ain.

Selangor menjadi negeri penerima pertama sumbangan berupa 9,600 barangan keperluan yang disampaikan menerusi Persatuan Bulan Sabit Merah (ERC) UAE.

Pengerusi Yayasan Raja Muda Selangor, Tan Sri Raja Arshad Tun Uda menerima bantuan berkenaan bagi pihak mangsa terjejas dalam satu majlis yang diadakan pada 3 Jan.

Di Pahang, sebanyak 10,000 keluarga terjejas juga mendapat manfaat daripada sumbangan itu.

Majlis agihan bantuan pada 6 Jan itu dihadiri Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dan Duta UAE ke Malaysia Khalid Ghanim Al-Ghaith.

UAE antara negara pertama yang mengumumkan solidaritinya dengan Malaysia dalam menghadapi musibah ini, serta sentiasa proaktif dalam memberikan sokongan dan memanfaatkan keupayaannya untuk menyumbang kepada usaha kemanusiaan.

Terdahulu pada akhir Disember lepas, kerajaan UAE mengumumkan akan menyumbang pelbagai barangan keperluan khusus kepada 775 keluarga membabitkan lebih 3,000 anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta warga awam Kementerian Pertahanan di seluruh negara yang terjejas akibat banjir.
Inisiatif Bantuan Kemanusiaan UAE itu disediakan oleh pihak berkuasa UAE di bawah arahan Putera Mahkota Abu Dhabi dan Timbalan Komander Tertinggi Angkatan Tentera UAE Sheikh Mohamed Zayed al Nahyan.

Hujan lebat di Malaysia pada penghujung 2021 mengakibatkan banjir dan tanah runtuh di beberapa negeri, meragut hampir 50 nyawa setakat ini. Angka kematian itu adalah yang tertinggi dalam sejarah bencana banjir di Malaysia
-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2022 08:25 AM | Show all posts
Mangsa banjir Bukit Lanchong terima bantuan banjir RM4,500   Oleh Ruwaida Md Zain -             Januari 11, 2022 @ 9:04pm            bhnews@bh.com.my





SHAH ALAM: Ketua isi rumah (KIR) yang terjejas banjir dalam daerah Petaling hari ini bukan sahaja menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) dan Bantuan Selangor Bangkit (BSB) tetapi juga sumbangan barangan keperluan.











Kira-kira 1,300 KIR menerima Bantuan Pembelian Barangan Keperluan berjumlah RM2,500 dalam program pemberian Bantuan Wang Ihsan ICU Selangor di Dewan Kenanga, Seksyen 28 hari ini.
Penerima bantuan, Nor Azam Ali, 50, ketika ditemui selepas menerima bantuan itu, melahirkan kesyukuran di atas bantuan Kerajaan Pusat dan negeri kepada keluarganya dan semua penduduk sekitar Bukit Lanchong yang terjejas banjir.







"Hari ini saya dapat tambahan lagi..saya dapat lagi RM3,500, RM1,000 dari kerajaan negeri (BSB) dan bantuan keperluan asas. Setakat ini Alhamdulillah cukup," katanya katanya yang tinggal di Lorong Talapia, Kampung Bukit Lanchong.

Bagi Mat Said Sudin, 63, yang tinggal di Kampung Lanchong Jaya pula, bantuan berjumlah RM4,500 itu akan digunakan bagi membaik pulih dan membeli keperluan rumah yang rosak akibat banjir yang mencecah bumbung rumahnya.

"Alhamdulillah, terima kasih. Hari ini saya dapat tiga bantuan iaitu Kerajaan Pusat, kerajaan negeri dan bantuan barang keperluan. Wang ini akan digunakan untuk baiki dan beli barang yang rosak," katanya.

Norafeezah Sairi, 39, yang hadir bersama ibunya Saudah Mat Yusop, 73, berkata sumbangan bernilai RM4,500 yang diberikan kepada setiap keluarga itu sangat membantu meringankan beban mereka serta menggantikan keperluan rosak akibat banjir.


"Hari ini saya dan ibu datang ambil bantuan, saya juga mewakili adik kerana kami tinggal di kawasan taman sama tetapi lorong berbeza, semua terjejas banjir.
"Alhamdulillah, hantar (permohonan) minggu lepas dan minggu ini mereka hubungi, dapat keputusan ambil duit ini," katanya ketika ditemui.
Seorang lagi penerima bantuan, Moksam Tahir, 71, berkata proses berjalan lancar sejak dari awal anaknya mengisi borang sehingga menerima bantuan hari ini.
"Kita minta belas ehsan dari kerajaan negeri dan Pusat, Alhamdulillah dapat saya baiki motosikal dan kereta sebab itu kenderaan yang menjadi pengangkutan kami sekeluarga," katanya.

Sementara itu, Pegawai Daerah Petaling, Datuk Johary Anuar berkata, beliau mensasarkan 1,344 penerima hadir mendapatkan bantuan masing-masing hari ini
"Ini sesi julung kali diadakan di daerah Petaling bagi pemberian bantuan barang keperluan asas sebanyak RM2,500 sumbangan oleh kerajaan Pusat melalui ICU.
"Jadi, hari ini sebahagian besar menerima RM4,500 membabitkan RM1,000 (BWI), RM1,000 (BSB) dan RM2,500 bantuan barang keperluan," katanya.

Mangsa banjir Kampung Bukit Lanchong mengisi butir kehadiran pada majlis penyerahan Bantuan Wang Ihsan di Dewan Kenangan, Seksyen 28 - Foto NSTP/Amirudin




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2022 08:28 AM | Show all posts
Penduduk membersihkan kediaman yang ditenggelami banjir sambil dibantu sukarelawan di Taman Sri Nanding, Hulu Langat. - NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM


KUALA LUMPUR: Seramai 39,255 atau 79.5 peratus daripada 49,394 ketua isi rumah terjejas dengan banjir, sudah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI)  RM1,000 setakat jam 1 tengah hari ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Dalam ciapan menerusi Twitter, Perdana Menteri berkata, mereka yang belum mendaftar boleh segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pegawai Daerah untuk bantuan segera kerajaan Persekutuan.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia antaranya meliputi BWI sebanyak RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah berbanding RM500 sebelum ini.

Bayaran bantuan berkenaan disalurkan sejak 27 Disember tahun lalu, 10 hari selepas kejadian banjir luar biasa yang melanda beberapa negeri termasuk Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. – BERNAMA

  

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2022 08:30 AM | Show all posts
Selangor, Pahang paling ramai terima bantuan baiki rumah   Oleh Syaherah Mustafa -             Januari 11, 2022 @ 8:22pm            bhnews@bh.com.my


[url=][/url]

Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Ruji Ubi (dua kanan) menyampaikan bantuan kewangan kepada mangsa banjir Zolkiply Rahman, 60, (kiri) sempena program Penyerahan Bantuan Wang Ehsan di Kampung Putat Tujuh, Rantau Panjang hari ini. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar




RANTAU PANJANG: Penerima Program Rintis Pembaikan Rumah Pasca Banjir 2022 diperoleh melalui senarai nama Bantuan Wang Ihsan (BWI) yang layak, susulan kediaman rosak akibat bencana banjir banjir.


  Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ruji Ubi, berkata pihaknya mengharapkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di setiap negeri terbabit dapat mengenal pasti secepat mungkin mangsa yang layak agar proses pembaikan rumah dapat dijalankan segera.
  Katanya, program berkenaan memfokuskan kepada tiga kategori iaitu membabitkan kerosakan bawah RM5,000 yang akan dibayar secara tunai, kerosakan RM5,000 hingga RM15,000 yang mana pembaikan segera atau bina baru dengan mengambil masa enam bulan untuk disiapkan.
  "Pihak PKOB dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bertanggungjawab membuat anggaran kos yang diperlukan untuk membaik pulih sebelum diserahkan kepada pihak pelaksana.








  "Setakat ini, senarai penerima yang paling tinggi adalah di Selangor dan Pahang, manakala Kelantan pula lebih 6,000 penerima yang dikenal pasti bakal menerima manfaat daripada Program Rintis Pembaikan Rumah Pasca Banjir 2022.

  "Kita menyasarkan masa selama sebulan untuk proses penilaian penerima yang layak, manakala kerja membaik pulih serta bina baru dianggarkan selama tiga hingga enam bulan," katanya selepas menyampaikan Bantuan Barangan Asas sebanyak RM2,500 kepada mangsa banjir di Kampung Putat Tujuh, hari ini.

  Ruji berkata, sebanyak 10 buah rumah terpilih untuk dibaik pulih sebagai perintis program berkenaan di Kelantan membabitkan jajahan Pasir Mas yang mana menjadi lokasi banjir hampir setiap tahun.

  

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-1-2022 04:33 PM | Show all posts
Penternak akuakultur kerugian RM28 juta akibat banjir - DOFBernama
Januari 13, 2022 23:57 MYT





Penternak akuakultur di negeri terjejas banjir mengalami kerugian berjumlah RM28 juta manakala bagi myKomuniti Perikanan iaitu pengusaha Perikanan (myAP) dan Nelayan Darat dianggarkan RM800,000. - Gambar fail/BERNAMA


SHAH ALAM: Penternak akuakultur di negeri terjejas banjir mengalami kerugian berjumlah RM28 juta manakala bagi myKomuniti Perikanan iaitu pengusaha Perikanan (myAP) dan Nelayan Darat dianggarkan RM800,000, menurut laporan awal Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).
DOF dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menerima laporan mengenai jumlah bantuan yang diperlukan melalui Program Permulaan Semula Agromakanan (tabung bencana) dan ia akan dimajukan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).
"Bantuan yang disalurkan adalah tertakluk kepada kadar dan had yang ditetapkan iaitu bantuan sehingga 50 peratus daripada kos operasi (benih, peralatan dan makanan ternakan) mengikut sistem ternakan pengusaha.




"Had bantuan yang akan diberi juga tidak melebihi 50 peratus nilai kerugian yang dilaporkan dan disahkan oleh Pejabat Perikanan Daerah/Negeri," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut bantuan yang akan diberi sama ada berbentuk input pertanian atau peralatan/mesin, peralatan perniagaan atau lain-lain untuk membantu memulihkan projek kumpulan sasar serta mekanisasi dan automasi ladang.

Menurut DOF, bagi sektor perikanan, takrifan kumpulan sasar adalah penternak akuakultur berskala kecil yang menjalankan aktiviti penternakan air tawar dan air payau serta hatcheri (panti benih) di kawasan sehingga dua hektar atau menggunakan sangkar/kandang yang tidak melebihi 15 unit.
DOF memaklumkan pengusaha terjejas boleh menghantar permohonan ke Pejabat Perikanan Daerah/Negeri dengan disertai dokumen lengkap yang berkaitan.
Dokumen yang diperlukan termasuk borang permohonan bantuan (perlu disahkan oleh Pengarah Perikanan Negeri), senarai nama, salinan kad pengenalan dan laporan polis (satu laporan satu kawasan/satu kerosakan/kerugian).

Dokumen lain ialah laporan siasatan oleh jawatankuasa teknikal, gambar/video berkaitan bencana, anggaran kerugian dan perakuan permohonan di peringkat negeri atau setara.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2022 07:17 PM | Show all posts
Setakat semalam, 13 Januari 2022, lebih 23 ribu keluarga telah menerima Bantuan Banjir LZSPeduli.


Dalam masa yang sama, kami masih meneruskan proses permohonan LZSPeduli bagi meringankan beban mangsa banjir besar di Selangor.


Kerjasama dan kesabaran anda amat kami hargai.


#zakatselangor
#banjir2021

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2022 11:12 AM | Show all posts
53 keluarga mangsa banjir Serdang dapat perhatian Yayasan Bank RakyatKenyataan Media
Januari 15, 2022 21:14 MYT


Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Wira Hj Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin berkata, bantuan sebanyak RM200 disumbangkan kepada setiap keluarga yang telah dikenalpasti melalui Kelab Rekreasi Wanita Muda Puchong. - Foto ihsan Yayasan Bank Rakyat


SERDANG: Yayasan Bank Rakyat telah peruntukan sebanyak RM10,600 kepada 53 keluarga yang terjejas akibat banjir di sekitar Serdang pada 17 Disember 2021.
Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Wira Hj Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin berkata, bantuan sebanyak RM200 disumbangkan kepada setiap keluarga yang telah dikenalpasti melalui Kelab Rekreasi Wanita Muda Puchong.

“Inisiatif sebegini merupakan usaha YBR untuk membantu mereka yang memerlukan dan akan mengusahakan lebih banyak bantuan bagi meringankan beban mereka yang terkesan dikawasan yang terjejas,” katanya.


Tambah beliau lagi, disasarkan bantuan kali ini adalah sebanyak RM100,000.00 bagi membantu mangsa banjir di sekitar Selangor. 2 lokasi lagi yang mendapat perhatian YBR untuk bantuan mangsa banjir ialah di kawasan Hulu Langat dan Shah Alam/Klang.
“Pihak kami amat bersimpati dengan mereka yang terkesan akibat bencana ini dan diharapkan dengan bantuan yang diberikan dapat membantu mereka yang terkesan dalam menyediakan keperluan asas pasca banjir.

Turut hadir bagi penyerahan ini adalah wakil penduduk Serdang, Datuk Dr. Mohamed Satim Diman.
Ditambah situasi wabak Covid-19 yang masih belum pulih diharapkan dengan bantuan yang diberikan ini sedikit sebanyak membantu mereka yang terkesan menghadapi saat-saat sukar untuk meneruskan kehidupan selepas ditimpa bencana.
Pada tahun 2022, Yayasan Bank Rakyat telah memperuntukkan sebanyak RM500,000.00 bagi pemberian sumbangan dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik serta bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan sosio-ekonomi penerima melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2022 01:43 PM | Show all posts
Misi Bantuan Banjir DBKL Di Taman Sri Muda[size=0.875]By Hamizi Hamir JPRKIn Berita dan Acara Terkini, UncategorizedPosted 8 January 2022
Bilik Gerakan Banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam telahpun melabuhkan tirai pada 4 Januari 2022 sejak ianya dibuka pada 19 Disember 2021.


Misi bantuan ini dimulakan dengan kerja-kerja penyelamatan mangsa-mangsa banjir yang telah dilakukan oleh Skuad Penyelamat, Jabatan Penguatkuasaan DBKL.


Pada 23 Disember 2021 keadaan air telah pun surut dan kerja-kerja pembersihan dimulakan oleh kumpulan “Flying Squad” Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL. Pada hari pertama kerja-kerja pembersihan dijalankan secara manual semata-mata tanpa bantuan sebarang jentera.


Pada 24 Disember 2021 jentera-jentera Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telahpun memasuki kawasan Taman Sri Muda untuk memudahkan lagi proses kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut.


Kerja-kerja pembersihan diteruskan pada hari-hari berikutnya yang berfokus di kawasan-kawasan awam serta pihak DBKL juga membantu mengangkat sampah-sampah sisa banjir yang dibuang oleh penduduk untuk dipindahkan di kawasan yang telah ditetapkan oleh pihak MBSA.


Berikut merupakan gambar sekitar hari terakhir dan video sepanjang kerja-kerja pembersihan dijalankan di kawasan tersebut.










































Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2022 03:29 PM | Show all posts

Home » 328 peralatan elektrik dibaiki sukarelawan program SWCorp


NEGARA

SUKARELAWAN tekun membaik pulih mesin basuh milik mangsa banjir di Hulu Langat, Selangor yang berakhir semalam. – Foto ihsan Reezal Merican Naina Merican


328 peralatan elektrik dibaiki sukarelawan program SWCorp

  • Oleh AMREE AHMAD
  • 16 Januari 2022, 2:54 pm


Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram




PUTRAJAYA – Seramai 150 sukarelawan ‘menyingsing lengan’ membaik pulih sebanyak 328 peralatan elektrik milik mangsa banjir besar di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, Selangor.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, langkah itu menjimatkan kerugian hampir RM500,000 jika peralatan tersebut dibuang.

“Antara yang dibaik pulih ialah peti sejuk, kipas angin, penyaman udara dan mesin basuh,” katanya menerusi hantaran dalam akaun sosial beliau semalam dengan foto dilampirkan.
Inisiatif pasca banjir tersebut ujar beliau, merupakan sebahagian Program Bersamamu dilaksanakan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp.) -K! ONLINE













Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2022 03:36 PM | Show all posts
Mohd. Aizuddin (tengah) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa banjir di balai raya Kampung Bukit Lanchong, hari ini.


Banjir: 300 mangsa dapat barang keperluan

  • Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
  • 15 Januari 2022, 8:48 pm


Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram




SHAH ALAM – Simpati terhadap mangsa banjir di Kampung Bukit Lanchong di sini telah mendorong Yayasan Prihatin Nasional (YPN) menghulurkan barangan keperluan harian dan tilam.
Ketua Pegawai Eksekutif YPN, Datuk Mohd. Aizuddin Ghazali berkata, sumbangan itu disalurkan kepada 300 dengan nilai keseluruhan RM125,000, yang disumbangkan daripada syarikat DXN Holdings Berhad (DXN).

“Kami berikan tilam kerana majoriti mangsa memaklumkan bahawa mereka tidak mendapat perkakas tersebut daripada mana-mana pihak yang pernah memberikan sumbangan sebelum ini.
“Setiap mangsa banjir menerima set bantuan yang bernilai RM400,” katanya selepas penyampaian sumbangan di balai raya Kampung Bukit Lanchong, di sini hari ini.
Beliau menambah, anggota sukarelawan YPN turut membantu mangsa membersihkan rumah mereka dalam tempoh dua minggu ini.
Sementara itu, salah seorang penerima sumbangan, Sarimi Ahmad, 31, berkata, dia menzahirkan penghargaan kepada YPN di atas sumbangan yang diberikan kepadanya.
“Saya rasa lega dapat tilam ini, sebelum ini saya tak pernah dapat tilam,” jelasnya. -K!ONLINE




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2022 11:56 AM | Show all posts
Edited by seribulan at 18-1-2022 10:58 AM

Banjir besar catat kerugian antara RM5.3 bilion dan RM6.5 bilionRidauddin Daud
Januari 17, 2022 11:30 MYT





Pemandangan udara menunjukkan kawasan perumahan di Taman Pinggiran Sungai Kelamah, Tampin, yang ditenggelami banjir ekoran hujan lebat, 1 Jan 2022. - Gambar fail BERNAMA


SEPANG: Kerugian keseluruhan akibat banjir besar yang melanda beberapa negeri hujung tahun lepas dianggarkan antara RM5.3 bilion hingga RM6.5 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, daripada jumlah itu, data daripada Kementerian Kerja Raya menunjukkan kerosakan infrastruktur awam merekodkan kerugian mencecah RM2 bilion.

Manakala, kerosakan kediaman pula merekodkan kerugian antara RM1.2 hingga RM1.4 bilion diikuti kenderaan RM1.3 bilion, pembuatan RM800 juta hingga RM1 bilion, premis perniagaan RM600 juta dan pertanian RM49.9 juta.

“Yang terlibat banjir ini 50 daerah. Kita sekarang ada 160 daerah di seluruh negara. Jadi maknanya yang terkesan dengan banjir ialah 50 daerah.

BACA: KPLB terima lebih 2,000 permohonan baik pulih, bina semula rumah terjejas banjir
BACA: Kerja pembersihan pascabanjir capai 98.17 peratus siap - NADMA

“Ini bermakna satu pertiga daerah di Malaysia terkesan. Ini merupakan anggaran dan angkanya akan dimurnikan.

“Infrastruktur awam kita ada angka yang jelas yang datang daripada Jabatan Kerja Raya. Jadi daripada RM5.3 bilion itu, RM2 bilion adalah kerosakan kepada infrastruktur awam. Yang lain-lain ialah rumah, perniagaan, pertanian, ini antara kerosakan utama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Pelaksanaan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES/ BA) 2022 di sini pada Isnin yang turut dihadiri Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Tambah Mustapa, setakat ini kerja-kerja pembaikan untuk infrastruktur awam telah dimulakan.

                                                Lagu Kemanusiaan | 'Kita Di Sisimu' galak bantuan banjir berterusan

                “Untuk infrastruktur awam, telah pun mula kerja-kerja pembaikan. Untuk rumah rosak dan rumah yang ‘total lost’, hilang terus, sudah pun dimulakan proses untuk membina semula rumah yang tak boleh dipakai langsung.                “Bagi perniagaan, kita sediakan pinjaman tanpa faedah dan perniaagaan ini perlu dimulakan. Peniaga sudah pasti ada sedikit sebanyak kerosakan. Oleh itu, yang utama kerajaan sediakan pinjaman tanpa faedah,” ujarnya.


                BACA: Pakej bantuan banjir RM1.4 bilion tidak mencukupi sokong isi rumah terjejas - MQ Research


Sementara itu, beliau memaklumkan data muktamad Banci Malaysia 2020 akan dikeluarkan dalam bentuk laporan secara berperingkat bermula dari Februari 2022 sehingga 2024 dengan yang pertama diterbitkan ialah Penemuan Awalan Banci Malaysia 2020.                “Seterusnya, dijangka lebih daripada 1,000 laporan Banci Malaysia 2020 merangkumi 16 negeri, 160 daerah, 222 parlimen dan 600 Dewan Undangan Negeri akan diterbitkan secara berperingkat.                “Selaras dengan pengukuhan Sistem Statistik Negara, Majlis Statistik dan Data Negara (MSDN) telah ditubuhkan bagi menentukan hala tuju sistem statistik negara di samping berperanan sebagai platform penyelarasan maklumat peringkat negari                “Selain itu, perkembangan fenomena data raya dan ketersediaan teknologi telah mendorong pertumbuhan inovasi baharu dan membuka ruang agensi kerajaan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat,” ujarnya.                Jelas beliau, penubuhan Pusat Analitik Data Raya Negara (NBDAC) adalah kritikal bagi menyokong hasrat kerajaan dalam memastikan setiap perancangan dan pembuatan keputusan berlandaskan analitik data.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2022 01:54 PM | Show all posts
Jabatan Kimia Malaysia5 January at 21:35 ·






6 Januari 2022

YBhg. Dato’ Haji Mohamed Zaini bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) bersama 22 orang ahli Pasukan Sukarelawan Misi Bantuan Bencana Banjir KIMIA Malaysia telah menyertai misi pembersihan lorong rumah kediaman di Kampung Bukit Lanchong, Subang Jaya hari ini yang turut melibatkan warga kerja Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF).
Turut turun padang menyertai misi ini adalah YBrs. Dr. Anis bin Mahmud @ Abdul Samad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) MINDEF dan YBhg. Dato’ Johary bin Anuar, Pegawai Daerah Petaling.


#jabatankimiamalaysia
#kamisebahagiandaripadahidupanda
#MOSTI
#KIMIAprihatin


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2022 01:58 PM | Show all posts
Pusat sehenti KPLB terima 300 permohonan bantuan banjir               Januari 11, 2022 @ 7:45pm            


[url=]Share to WhatsApp[/url]





[url=]Share to Facebook[/url][url=]Share to Twitter[/url][url=]Share to LinkedIn[/url][url=]Share to More[/url]                                                        
                                                                                            

     

   
Gambar hiasan
              
   





PUTRAJAYA: Lebih 300 permohonan dan semakan kelayakan untuk pembaikan dan bina baharu rumah pasca banjir di bawah Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia diterima di Pusat Sehenti Tabika Kemas di Bukit Changgang, menurut Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Pusat sehenti itu dibuka tiga hari bermula hari ini bagi menyedia saluran bagi memudah cara mangsa banjir mendaftar kelayakan melalui borang yang disediakan sebelum diserahkan kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah untuk diperaku Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun berkata, kementerian mengambil inisiatif itu untuk membantu melicin dan mempercepatkan proses pendaftaran dalam menyegerakan bantuan kepada mangsa banjir yang layak.

KPLB memperuntukkan RM50 juta di bawah Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia dengan kadar bantuan RM15,000 untuk kerja-kerja pembaikan rumah, RM56,000 untuk membina rumah baharu di Semenanjung dan RM68,000 di Sabah dan Sarawak, katanya dalam kenyataan hari ini.









KPLB juga telah memulakan kerja pembaikan Sabtu lalu membabitkan sembilan rumah mangsa banjir di Kuala Klawang, Chennah dan Jelebu di Negeri Sembilan manakala empat rumah lagi di Mentakab dan Temerloh di Pahang.

Setakat ini, KPLB telah menerima 1,879 unit rumah untuk dibaik pulih di kawasan banjir seluruh negara manakala 165 adalah untuk bina rumah baharu. – BERNAMA

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2022 02:53 PM | Show all posts
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tampil mempersoalkan sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyalahkan mangsa-mangsa banjir.


Ini ketika beliau mendakwa mangsa-mangsa banjir enggan berpindah ke pusat pemindahan sementara.




Kredit foto: The Star




“Bermula pada petang Sabtu, 18 Disember 2021, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebenarnya telahpun menggerakkan pasukan masing-masing bagi memindahkan mangsa, namun menghadapi kesukaran kerana suasana yang semakin gelap dan terdapat ramai mangsa yang masih enggan meninggalkan kediaman mereka ketika itu,” katanya dalam mesyuarat khas penggal keempat Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat hari ini.


Khalid kemudian mencelah: “Perdana Menteri salahkan mangsa sekarang, baguslah itu”.


“Saya tidak salahkan sesiapa. Kejadian banjir yang berlaku ini melebihi kemampuan jentera tindak balas Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Selangor. Selangor juga jarang berdepan dengan banjir besar luar biasa seperti kali ini.


“Biarpun amaran hujan berterusan telah dikeluarkan, impak taburan hujan yang tinggi ini, sangat tidak diduga oleh semua pihak,” katanya.


Sebagai contoh katanya, meskipun penduduk di Taman Sri Muda, Shah Alam sudah biasa berdepan banjir kilat akibat hujan lebat, namun mereka tidak menyangka air akan naik begitu cepat dan tinggi pada kali ini.


Jelasnya, agensi penyelamat juga menghadapi kesukaran mendapatkan kerjasama penduduk untuk berpindah dengan segera.


“Rata-rata mangsa memberikan alasan hendak menyelamatkan harta benda, jarak pusat pemindahan sementara yang agak jauh dari rumah, bimbang rumah dimasuki pencuri serta bimbang risiko jangkitan Covid-19 di pusat pemindahan sementara.
“Berikutan itu, apabila paras air naik secara mendadak, ramai penduduk terperangkap dan memerlukan pertolongan segera,” katanya.


Namun demikian katanya, kerja-kerja menyelamat menjadi lebih sukar berikutan kenderaan yang terperangkap di jalan utama sehingga menghalang kenderaan penyelamat memasuki kawasan perumahan sehingga ada keadaan yang mana aset-aset menyelamat terpaksa dipikul ke kawasan terlibat.





Kredit foto: The Edge Market




“Selain itu, bot-bot penyelamat juga sukar untuk bergerak di dalam kawasan banjir kerana tersangkut pada kenderaan yang tenggelam di kawasan terjejas.


“Kelewatan kerja-kerja menyelamat juga adalah disebabkan alamat rumah yang diberikan oleh pemanggil tidak dapat dikenal pasti kerana sudah ditenggelami air,” katanya.


Tambahnya, sokongan aset dan kekuatan anggota penyelamat serta petugas dari lain-lain negeri pula berhadapan dengan kesukaran kerana tidak arif dengan selok belok kawasan ditenggelami banjir dan memerlukan jurupandu.


“Selain daripada itu, sekolah dan fasiliti yang telah diwartakan sebagai pusat pemindahan pula turut ditenggelami air. Justeru, pusat pemindahan sementara ad hoc diwujudkan seperti penggunaan surau, masjid malahan khemah sementara juga telah didirikan dengan kadar segera bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir yang diselamatkan.


“Ketiadaan bekalan elektrik dan infrastruktur komunikasi yang terputus akibat banjir, menyebabkan penduduk tidak dapat menghubungi agensi penyelamat untuk bantuan. Inilah antara cabaran yang dihadapi oleh pasukan penyelamat dan petugas di lapangan dalam operasi bencana yang luar biasa ini,” katanya.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-1-2022 06:40 PM | Show all posts


EDISI
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerjasama urus bantuan banjir21 Jan 2022


Penyelarasan bantuan itu penting bagi membantu penduduk terkesan akibat banjir teruk melanda terutama di Taman Sri Muda, Disember tahun lalu. - Gambar hiasanMOHD IZZATUL IZUAN TAHIR
SHAH ALAM - Agensi kerajaan Persekutuan yang menyalurkan bantuan banjir diminta berkerjasama dengan kerajaan negeri bagi memudahkan proses penyaluran bantuan.
Exco Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin Selangor, V Ganabatirau berkata, penyelarasan bantuan itu penting bagi membantu penduduk terkesan akibat banjir teruk melanda terutama di Taman Sri Muda, Disember tahun lalu.

Menurutnya, kurangnya kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor hanya mengundang kemarahan rakyat seolah tiada tindakan dibuat bagi membantu dan menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir.
Kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) perlu menyelaraskan pengagihan bantuan bersama-sama kerajaan negeri secara serentak bagi mengelakkan salah faham masyarakat.
Semua agensi tidak kira kerajaan negeri atau Persekutuan perlu ada kolaboratif dan komunikasi untuk pengagihan bantuan kepada rakyat yang terjejas, katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Jumaat.
Bagaimanapun, Ganabatirau berkata, kerajaan negeri mengakui pengagihan bantuan memerlukan masa memandangkan menerima banyak permohonan di Pejabat Daerah dan Tanah.
Bukan mudah menyalurkan bantuan, misalnya di Taman Sri Muda sahaja kita menerima puluhan ribu permohonan.
Sudah tentu proses ini mengambil sedikit masa bagi memastikan permohonan itu tidak melebihi satu permohonan, ujarnya.

Katanya, terdapat juga permohonan bertindih diterima membabitkan penyewa dan tuan rumah yang menyatakan mereka sebagai mangsa banjir
Justeru, katanya, kerajaan negeri bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan wang bantuan itu disalurkan dengan tepat.
Kerajaan negeri sedaya upaya menunaikan janji yang telah dibuat, namun dalam masa sama juga agensi lain perlu turut sama membantu bagi memudahkan orang ramai mendapatkan bantuan, katanya.
Katanya, sehingga kini, terdapat tiga fasa pengagihan bantuan kepada mangsa banjir di Taman Sri Muda.
Kerajaan negeri sudah menghulurkan bantuan sebanyak RM1,000 menerusi Bantuan Selangor Bangkit (BSB) membabitkan seramai 100 penerima pada fasa pertama selepas berlakunya banjir.
Kali kedua pada tiga minggu lalu di Pejabat dan Tanah Klang membabitkan seramai 1,500 penerima, tetapi ia merangkumi beberapa kawasan lain termasuk Sri Musa, Pelabuhan Klang dan Kapar, jelasnya.




Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 07:57 PM | Show all posts

Banjir kilat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 08:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2022 08:10 AM | Show all posts
https://www.msn.com/en-my/news/b ... -bencana/vi-AAT5iPw




Skuad Pantas MBSA turut kelihatan membuat rondaan di kawasan berkenaan selepas mendapat aduan awam.

SHAH ALAM - Hujan lebat berselang seli pada Isnin petang menimbulkan panik kepada penduduk di Jalan Tokoh 25/28 Taman Sri Muda, di Seksyen 25 di sini kerana bimbang akan terjebak dengan banjir sekali lagi.

Paras air di beberapa batang jalan juga dilaporkan meningkat mendadak melebihi 0.3 meter sekitar jam 4 petang malah penduduk sedang bekerja bergegas pulang apabila mendapat maklumat menerusi media sosial.

Keadaan bertambah cemas apabila loceng amaran juga didakwa berbunyi menyebabkan ada penduduk mula mengemas pakaian untuk keluar dari rumah kerana bimbang terperangkap dalam situasi tidak dijangka.

Pasangan suami isteri, Hendi Ramu, 55, dan Nallmah Subramaniam, 56, ketika ditemui berkata, perasaan gemuruh yang dirasainya bagaimanapun hanya seketika kerana air naik secara mendadak surut sejam selepas itu.

Menceritakan detik cemas tersebut, mereka berkata, mereka berdua segera pulang selepas mendapat tahu mengenai perkara itu daripada anak mereka yang berada di rumah ketika hujan lebat melanda sekitar jam 4 petang.

“Memang bila air naik sahaja, kami di sini rasa cemas dan trauma sebab teringat peristiwa banjir yang baru sebulan lepas berlaku malah anak beritahu masa hujan lebat terdengar bunyi loceng," katanya ketika ditemui pada Isnin.


Skuad Pantas MBSA turut kelihatan membuat rondaan di kawasan berkenaan selepas mendapat aduan awam.
Sementara itu, jirannya, Irene Ho, 64, berkata, berikutan banjir besar bukan lalu, setiap kali cuaca mendung dan hujan, dia akan berjaga-jaga untuk memastikan tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini kepada keluarganya.

Menurutnya, dalam kejadian banjir besar berkenaan semua peralatan dalam rumah rosak yang sehingga kini masih belum lagi mampu untuk digantikan semula walaupun sambutan Tahun Baharu Cina hanya beberapa hari sahaja lagi.

“Saya sudah trauma dengan banjir, kalau hujan terus lebat saya sudah siap sedia mahu 'lari', pakaian pun saya sudah letak dalam beg,” katanya sambil memberitahu masih terkenang kejadian banjir besar yang berlaku baru-baru ini.

Sementara itu, Tinjauan Sinar Harian sekitar Taman Sri Muda kira-kira jam 5 hingga 6 petang mendapati keadaan air mulai surut di beberapa batang jalan termasuk di Jalan Tokoh 25/28 Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini.

Malah anggota Skuad Pantas Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), anggota bomba dan penyelamat serta polis turut kelihatan membuat rondaan di kawasan berkenaan selepas mendapat aduan awam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan memaklumkan air mulai surut dalam tempoh singkat.

Dalam pada itu, Exco Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin Selangor, V Ganabatirau juga dilihat berada di kawasan yang dinaiki air sekitar Taman Sri Muda.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ilanda-banjir-kilat
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.608512 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list