CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 261|Reply: 0

[Sarawak] Penduduk Matu diingatkan bersiap sedia hadapi banjir

[Copy link]
Post time 13-1-2022 04:11 PM | Show all posts |Read mode


Keadaan di Kampung Jemoreng selepas jalan raya dinaiki air.

MUKAH: Penduduk Matu dinasihatkan untuk membuat persiapan bagi menghadapi situasi banjir, tegas  Pegawai Pertahanan Awam Daerah Matu Lt (PA) Jumaat Akasas.

Beliau berkata, melalui pemantauan banjir yang dilakukan mendapati paras air di Kampung Jemoreng, Matu telah melimpah ke jalan raya kampung berkenaan sekitar 8.34 pagi ini.

"Hasil tinjauan mendapati air dari hulu Kampung Jemoreng telah melimpah ke kawasan kampung berikutan hujan pada 2.30 pagi (Khamis)," katanya kepada Utusan Borneo.

Jumaat memberitahu, tinjauan awal pada dinihari menunjukkan tiada limpahan air namun limpahan air berlaku semasa tinjauan berikutnya yang dilakukan pada 8.34 pagi.

Jelasnya, ketinggian air yang melimpah di atas jalan raya adalah pada bacaan 0.19 meter namun keadaan masih terkawal.

Berikutan itu, beliau berkata, kampung berhampiran dengan Kampung Jemoreng seperti Kampung Sekaan Besar dan Kampung Bertong akan dinaiki air pada bila masa sahaja jika hujan turun berterusan.

Selain itu, Jumaat turut memohon supaya semua penduduk di Matu untuk membuat persediaan awal bagi menghadapi situasi yang tidak diingini berlaku terutamanya menjelang waktu malam.

Beliau juga berpesan supaya harta benda diletakkan di tempat atau kawasan yang tinggi.

Justeru, katanya lagi, APM Matu akan sentiasa membuat pemantauan dan memberi makluman kepada penduduk terutamanya kepada penghuni-penghuni rumah yang sering kali dinaiki air di kawasan tersebut.


utusanborneo.com.my/2022/01/13
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.142214 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list