CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 57|Reply: 0

[Sarawak] 08 Januari 2022 – 2.78 Actual price (Invoice)

[Copy link]
Post time 13-1-2022 04:09 PM | Show all posts |Read mode


Kapal nelayan dan lori tangki dirampas sebagai barang kes.

SIBU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 10 di sini berjaya melumpuhkan cubaan menyeludup minyak diesel bersubsidi serta barang kes bernilai rampasan RM818,9000 pada Rabu.

Dalam serbuan di Jalan Ding Lik Kong jam 2.30 petang itu, tiga lelaki tempatan berusia 27 hingga 37 tahun ditahan bersama 6,000 liter minyak diesel bernilai RM18,900.00.

Pegawai Pemerintah Batalion 10 PGA Sibu, Superintenden Mohammad Hafiz Kadir berkata, sebuah kapal muatan dan sebuah lori tangki masing-masing bernilai RM500,000.00 dan RM300,000 turut disita dalam Op Kontraban tersebut.

Katanya, semasa serbuan, ketiga-tiga lelaki terbabit sedang leka memindahkan minyak diesel dari sebuah lori tangki ke dalam tong simpanan di dalam kapal muatan yang berlabuh di kawasan jeti awam.

Katanya, pasukan Risik Batalion 10 yang memeriksa kapal nelayan itu mendapati enam tong minyak diesel telah diisi penuh.

"Siasatan lanjut juga mendapati kesemua suspek gagal memgemukakan dokumen sah pemilikan dan transaksi pemindahan minyak diesel berkenaan," jelasnya.

Pasukan serbuan kemudian bertindak menahan tiga suspek terbabit bersama barang rampasan yang diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Sibu untuk tindakan selanjutnya.

Tambah beliau, kes tersebut disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,"


utusanborneo.com.my/2022/01/13
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

18-5-2022 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.090464 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list