CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 251|Reply: 0

[Sarawak] Skuad Prihatin Pantai Damai sudah bersedia

[Copy link]
Post time 12-1-2022 10:54 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Skuad Prihatin Pantai Damai ditubuhkan sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan bencana khususnya banjir susulan musim tengkujuh yang sedang melanda ketika ini.

Adun Pantai Damai Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, skuad tersebut terdiri daripada kepimpinan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Pantai Damai dan sukarelawan.

“Mereka akan membantu sekiranya berlaku banjir terutama di kawasan Dun Pantai Damai, yang sememangnya akan berlaku banjir apabila hujan lebat dan air pasang besar.

“Setakat ini kita mempunyai 60 orang ahli melibatkan tiga zon iaitu masing-masing 20 di Seberang Hilir, Santubong dan Telaga Air,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Skuad Prihatin Patai Damai di Pusat Khidmat Pantai Damai, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, tambahnya skuad itu juga akan bergerak bersama-sama dengan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) serta Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) untuk membantu masyarakat.


sarawakvoice.com/2022/01/12
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.426250 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list