CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 296|Reply: 0

[Sarawak] Paras air sungai di Long Teru, Miri kini pada aras amaran

[Copy link]
Post time 12-1-2022 10:53 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan bahawa paras air sungai di Long Teru, Miri kini pada aras amaran.

Menurutnya, keadaan di bahagian Telok Assam, Kuching dan Igan, Mukah akan mengalami hujan lebat dengan curahan melebihi 31mm hingga 60mm per jam.

“Hujan sederhana berlaku di tiga bahagian utama Sarawak termasuk Kuching, Sibu dan Mukah dengan curahan melebihi 10.5mm hingga 30mm per jam.

“Kawasan yang terlibat adalah Bako Causeway, Buntal DID, Siol JPS dan Barrage masing-masing di Kuching. Seterusnya, Uka, Sibu serta Matu, Oya Water Works dan Mukah JKR di bahagian Mukah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam kenyataan yang sama, JPS memberitahu bahawa tiada amaran ribut petir dilaporkan pihak Jabatan Meteorologi Malaysia di mana-mana kawasan setakat ini.

Namun, amaran berkaitan hujan berterusan buruk dijangka berlaku sehingga 13 Januari ini sahaja, berdasarkan laporan yang dikeluarkan pada 12 Januari lalu.

Bagi kawasan yang dijangka mengalami hujan lebat berterusan termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Tanjung Manis dan Daro) serta Kapit (Song).

Tambahnya, kawasan lain seperti Sibu (Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit dan Bukit Mabong) serta Bintulu (Tatau) hanya dalam peringkat waspada.


sarawakvoice.com/2022/01/12
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.054697 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list