CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 252|Reply: 0

[Sarawak] Alam sekitar di Sarawak perlu terpelihara

[Copy link]
Post time 12-1-2022 10:47 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Sarawak perlu membangunkan polisi alam sekitar bagi memastikan kelestarian alam sekitar di negeri ini terpelihara.

Menteri Muda Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Abang Hipni berkata, ini merangkumi banyak aspek termasuklah pentadbiran.

“Keperluan membangunkan polisi yang merangkumi keseluruhan aspek alam sekitar seperti perubahan iklim, gas rumah hijau, perhutanan, penilaian sosial, pengurusan sisa pepejal dan pencegahan pencemaran,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan bersama Kakitangan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak di Menara Pelita pada Selasa.

Dalam pada itu, Dr Hazland juga menyarankan NREB Sarawak bergerak lebih aktif dan mengadakan kerjasama dengan agensi kerajaan lain dan pihak berkuasa tempatan memandangkan kelestarian alam sekitar adalah tanggungjawab semua pihak.

Pada perjumpaan itu, beliau telah diberikan taklimat berhubung dengan peranan dan fungsi NREB, isu-isu semasa berkaitan alam sekitar di Sarawak dan perancangan ke arah Matlamat Pembangunan Mapan 2030.

Hadir sama wakil Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Justine Jok Jau Emang dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Sarawak Hamzah bin Mohamad.


sarawakvoice.com/2022/01/12
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 2.067482 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list