CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 257|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki ditangkap kerana ugut bunuh bapa kandung sendiri

[Copy link]
Post time 12-1-2022 10:29 PM | Show all posts |Read mode


Suspek (tengah) yang dipercayai mengugut untuk membunuh bapa kandungnya serta keluarga lain berjaya ditangkap pagi tadi.

MIRI: Tindakan seorang lelaki yang terjun ke dalam sungai di belakang rumahnya di Pujut 3 di sini pagi pada Rabu untuk melarikan diri setelah menyedari kehadiran polis ternyata gagal apabila suspek berjaya ditangkap di kawasan berhampiran.

Menurut sumber, suspek berusia 43 tahun diberkas polis setelah disyaki mengugut untuk membunuh bapa kandungnya dan keluarga sendiri dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah malam pada Selasa.

Suspek berjaya ditangkap sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Miri kira-kira jam 9.30 pagi.

"Susulan laporan diterima dari pengadu, sepasukan polis pergi ke lokasi untuk mengesannya, suspek yang menyedari kehadiran polis bertindak terjun ke dalam sungai belakang rumahnya.

"Namun tindakannya untuk melarikan diri gagal setelah berjaya ditangkap polis di kawasan berhampiran," kata sumber.

Difahamkan, suspek yang bertindak agresif menyebabkan pasukan polis terpaksa menggunakan kekerasan yang munasabah bagi menjayakan operasi tangkapan terbabit.
Selain itu, sumber memberitahu suspek pernah ditangkap atas kesalahan yang sama beberapa tahun lepas.

Sehubungan itu, suspek dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan selanjutnya.


utusanborneo.com.my/2022/01/12
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.273681 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list