CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 299|Reply: 0

[Sarawak] Tiong tak puas hati cara KKM kendali pesakit COVID-19

[Copy link]
Post time 12-1-2022 10:27 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing (gambar) mempersoalkan strategi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika ini bagi mengelak berlakunya lonjakan gelombang Omicron kerana Malaysia kini memasuki tahun ketiga menentang COVID-19.

Beliau mendakwa dua rakannya yang diuji positif COVID-19 hanya diarah menjalani kuarantin kendiri dan melakukan ujian saringan kendiri secara kerap di rumah malah tidak diberi gelang penjejak, hanya menghubungi pihak kesihatan jika keadaan bertambah teruk.

"Inikah yang dikatakan strategi pencegahan pandemik berkesan? Apa berlaku jika pesakit enggan duduk di rumah (kuarantin kendiri) dan keluar ke khalayak ramai?" katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tiong berkata beliau tidak berpuas hati dengan cara KKM mengendalikan pandemik COVID-19.

Menurutnya, 31,696 daripada 32 juta rakyat Malaysia meninggal akibat penyakit itu sejak 2020. Kadar kematian yang tinggi, tidak boleh dinafikan, diberi alasan atau suatu yang normal.

"Mana mungkin kita boleh terus seperti ini? Berapa ramai lagi nyawa akan dikorbankan sebelum menteri-menteri kita akan benar-benar mula mengcegah lebih banyak kematian," soalnya.

Beliau juga mengulas kenyataan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bahawa Malaysia tidak boleh mengenakan sekatan pergerakan dan strategi-strategi sifar-toleransi dengan menggesa KKM sekurang-kurangnya mengadaptasi sebahagian strategi sekatan pergerakan dilaksanakan China bagi mengurangkan kadar kematian akibat COVID-19 di Malaysia.

Tiong berkata Malaysia telah melalui banyak siri sekatan pergerakan dalam tempoh dua tahun lalu tetapi peningkatan kes COVID-19 masih berlaku dan banyak kementerian mempersoalkan strategi-strategi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengekang serta mengawal jangkitan COVID-19.

Merujuk kepada tindak balas pantas pandemik yang lemah kerajaan persekutuan apabila Selangor merekodkan jumlah kes COVID-19 tertinggi akibat tercetusnya kluster di kilang-kilang sarung tangan di negeri itu pada 2020, beliau berkata:

"Berapa ramai rakyat Selangor kehilangan nyawa disebabkan kelalaian seperti ini? Malah ketika dasar kuarantin di rumah dilaksanakan, berapa ramai orang meninggal dunia kerana tidak mendapat rawatan tepat pada masanya ketika menjalani kuarantin."

Tiong turut menggesa KKM agar mendedahkan jumlah vaksin yang telah dibeli sejak Khairy menjadi Menteri Kesihatan, jumlah kos terlibat dan harga setiap botol vaksin.


utusanborneo.com.my/2022/01/12
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.078394 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list