CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 490|Reply: 0

[Pulau Pinang] APM mohon menara tinjau baharu di Pantai Batu Ferringhi

[Copy link]
Post time 12-1-2022 10:17 PM | Show all posts |Read mode
APM mohon menara tinjau baharu di Pantai Batu Ferringhi
| | 12 Januari 2022


Sinar Harian melaporkan sebuah menara pemantau Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang di Batu Ferringhi tumbang dalam kejadian pada jam 3.40 pagi Jumaat lalu.


BUTTERWORTH - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang telah menghantar permohonan bagi sebuah menara tinjau baharu untuk menggantikan menara tinjau yang tumbang akibat hakisan tanah di Pantai Batu Ferringhi, dekat sini Jumaat lepas.


Pengarah APM negeri, Leftenan Kolonel (PA) Ishak Mohd Radzi berkata, kewujudan menara tinjau itu penting bagi memantau aktiviti orang ramai di kawasan pesisir pantai berkenaan, memandangkan lokasi tersebut merupakan antara tumpuan pelancong ketika ini.


“Pihak kami telah menghantar permohonan menara tinjau baharu di Pantai Batu Ferringhi ke pejabat Ketua Menteri dan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pulau Pinang untuk tindakan lanjut, ia (menara) penting kerana APM boleh membuat tinjuan orang ramai di situ.


“Sekarang ini kami telah diberikan satu gazebo untuk kegunaan anggota APM berteduh, ketika membuat pemantauan dan pemerhatian di kawasan pantai Batu Ferringhi yang memang menjadi tumpuan pengunjung,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pembukaan latihan untuk tahun 2022 di pejabat APM daerah Seberang Perai Utara (SPU), di sini pada Rabu.


Pada Jumaat lepas, sebuah menara pemantau APM Pulau Pinang yang terletak di kawasan Pantai Batu Ferringhi, tumbang kira-kira 3.40 petang dipercayai akibat hakisan pantai namun tiada kecederaan atau kemalangan dalam kejadian tersebut.


Mengulas lanjut, Ishak berkata, ketika ini kerja-kerja membersih dan merobohkan sepenuhnya menara tinjau yang tumbang itu telah dijalankan sejak Isnin lepas.


“Sebenarnya menara tinjau itu bukan milik kita sepenuhnya dan kita hanya dibenarkan beroperasi di situ. Jadi, kita tak boleh buat (menara tinjau baharu) itu sendiri,” katanya.


Sementara itu, beliau berkata, pihaknya berpuas hati dengan peranan yang dimainkan oleh APM Pulau Pinang dalam membantu kerajaan menangani Covid-19 untuk tempoh hampir dua tahun yang lepas.


Katanya, meskipun terdapat hampir 10 pertambahan tugasan baharu terutamanya berkaitan Covid-19 sepanjang tempoh berkenaan, namun ia berjaya dilaksanakan dengan baik dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dengan kekuatan anggota yang sedia ada.


“Sebelum ini tugasan rasmi atau hakiki APM ialah membantu dalam kes-kes kemalangan, pokok tumbang dan sebagainya, kini tugas anggota APM lebih menyeluruh termasuk terlibat dalam mengawal pintu masuk sempadan negeri dan antarabangsa, menjaga pusat kuarantin, menjadi ejen pembasmi Covid-19 dan sebagainya,” katanya.


Menurutnya, ketika ini, terdapat kira-kira 1,000 pegawai anggota APM di seluruh Pulau Pinang dan jumlah itu tidak termasuk anggota pasukan tindak balas kecemasan pertahanan awam (CDERT) serta lain-lain. - Bernama



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ntai-Batu-Ferringhi
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.294754 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list