CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 371|Reply: 0

[Pulau Pinang] Siasat segera ajaran tasawuf ekstrem: Mufti Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 12-1-2022 05:39 PM | Show all posts |Read mode

Klip video yang mula tular sejak Selasa di media sosial. (Wan Salim)

GEORGETOWN - Pihak berkuasa agama diminta menyiasat segera sebuah klip video yang menyiarkan ajaran tasawuf oleh seorang lelaki yang dikhuatiri menyesatkan dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, pihak berkuasa juga diminta mengambil langkah-langkah berkesan bagi mencegah ajaran tasawuf yang menyesatkan itu daripada disebarkan.

Menurutnya, ia bagi mengelakkan akidah umat Islam di negara ini yang berlandaskan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah terus terpelihara selama-lamanya.

"Menerusi video tersebut, saya mendapati ia satu ajaran tasawuf ekstrem yang menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Aliran pemikiran sebegini mampu merosakkan akidah umat Islam.

"Selain itu, tindakan itu juga dibimbangi akan membawa kepada kesesatan kerana ia memecahkan agama Islam kepada syariah dan hakikat, seterusnya memperlekeh syariah dan para ulama syariah dengan dakwaan palsu kononnya ulama syariah mengubah ajaran agama," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai video seorang individu yang mula tular sejak Selasa mengenai perlaksanaan solat yang didakwa sebagai menyimpang daripada ajaran Islam.

Di dalam video berdurasi tiga minit 53 saat yang bertajuk Tuan Guru Haji Shaari itu mula dimuat naik pada 31 Ogos tahun lalu, namun ia tular sejak Selasa dengan 256,000 tontonan, 708 dikongsi dan 2,300 tanda suka.

Dalam pada itu, Wan Salim berkata, jika diperhalusi, aliran pemikiran tasawuf yang melampau itu didapati berpunca daripada dakwaan kononnya Rasulullah SAW mengajar kepada sahabatnya ilmu hakikat yang tidak didedahkan kepada sahabat-sahabat yang lain.

"Dakwaan itu adalah satu tohmahan karut terhadap Nabi Muhamad kononnya baginda menyembunyikan ilmu yang diperintahkan kepada baginda untuk disampaikan kepada umat baginda, sedangkan umat Islam diajar untuk mempercayai bahawa antara sifat yang wajib bagi seorang Rasul adalah amanah dan tabligh yakni menyampaikan perintah ALLAH SWT kepada umatnya dengan sempurna.

"Sementara itu, syariah pula adalah segala peraturan yang ditetapkan ALLAH SWT di dalam agama-Nya (Islam) yang dikehendaki setiap orang Islam mengikutinya sama ada dalam kehidupan peribadi.

"Oleh itu, maka jelaslah bahawa ajaran yang memecahkan agama Islam kepada zahir dan batin atau syariat dan hakikat adalah merupakan sejenis penyelewengan yang mampu menggugat akidah seorang Muslim," katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -Mufti-Pulau-Pinang
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.096575 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list