CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 318|Reply: 0

[Sabah] JSJN Kontinjen Sabah rampas 55.40 KG syabu bernilai lebih RM1,994 juta

[Copy link]
Post time 12-1-2022 04:08 PM | Show all posts |Read mode


SIDANG MEDIA: Jauteh menunjukkan kotak akuarium yang dijadikan sebagai tempat untuk meyembunyikan bekalan dadah jenis syabu.

KOTA KINABALU: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Sabah berjaya merampas 55.40 kilogram (KG) dadah jenis syabu bernilai RM1,994,400 juta dalam dua siri serbuan berasingan sekitar sini..

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata bertindak dengan hasil maklumat serta kerjasama disalurkan JSJN Kuala Lumpur, sepasukan polis menjalankan serbuan di kawasan tempat letak kereta syarikat penghantaran barang di Pekan Inanam pada jam 4.15 petang 4 Januari lalu.

“Semasa serbuan dijalankan, pasukan polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan berumur 50 tahun di dalam kenderaan jenis sedan.

“Pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan itu berjaya menemukan tiga kotak dadah berisi syabu seberat 33.62 KG yang bernilai RM1,210.320,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Beliau berkata hasil soal siasat lanjut kemudiannya membawa kepada serbuan kedua di bangunan komersil Aeropod di sini pada jam 9.50 pagi 9 Januari lalu.

“Dengan dipandu suspek, pihak polis berjaya merampas dua lagi kotak berisi syabu seberat 21.78 KG bernilai RM784,080,” katanya.

Jauteh berkata hasil siasatan lanjut mendapati modus operandi yang digunakan suspek adalah dengan mengisi bekalan dadah di dalam bekas akuarium bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Selain rampasan dadah bernilai RM1,994,400, polis juga merampas wang tunai bernilai RM102,097 menjumlahkan nilai rampasan keseluruhan bernilai RM2,096,497.

“Suspek yang positif dadah dan mempunyai 17 pelbagai rekod kesalahan lampau termasuk curi dan dadah itu kini direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Tambahnya pihak polis kini sedang menyiasat individu atau sindiket lain yang terlibat dalam kes ini selain mengenalpasti tujuan dadah terbabit dibawa masuk ke Sabah.

Katanya rampasan dadah berkenaan mampu menampung lebih kurang 280,000 penagih.

Dalam pada itu Jauteh berkata JSJN Sabah menunjukkan peningkatan rampasan dadah tahun ini berbanding tahun sebelumnya dengan tangkapan 8,759 pesalah dadah dan merampas RM15,746,910 juta pelbagai jenis dadah.


utusanborneo.com.my/2022/01/12

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.162293 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list