CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 108|Reply: 0

[Sarawak] Dipenjara 12 bulan kerana ceroboh masuk, laku khianat dan tendang abang ipar

[Copy link]
Post time 12-1-2022 03:56 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Seorang duda dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret kerana kesalahan menceroboh masuk, melakukan khianat dan menendang abang iparnya.
   
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuasakan mulai tarikh tangkapan pada 18 November tahun lalu.
   
Awang Jefferi Awang Omar, 49, dari Kampung Gersik, Petra Jaya, Kuching didakwa atas tiga tuduhan masing-masing mengikut Seksyen 447, Seksyen 427 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
   
Seksyen 447 (menceroboh) memperuntukkan hukuman penjara enam bulan atau denda RM3,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
   
Manakala Seksyen 427 (melakukan khianat) membawa hukuman penjara tidak kurang dari setahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali dan Seksyen 323 memperuntukkan penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
   
Berdasarkan tuduhan pertama, tertuduh didapati dengan curang telah melakukan pencerobohan dengan menceroboh masuk ke dalam rumah milik abang iparnya.
   
Manakala dalam tuduhan kedua, tertuduh juga didapati telah melakukan perbuatan khianat dengan merosakkan pintu rumah abang iparnya.
   
Sementara dalam tuduhan ketiga, tertuduh didapati dengan sengaja mencederakan abang iparnya dengan menendang mangsa di bahagian dada.
   
Ketiga-tiga kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 9 malam, 17 November 2021 di sebuah rumah flat kakitangan kerajaan di Jalan Datuk Tunku Mohd di sini.
   
Menurut keterangan kes, sekitar jam 9 malam, 17 November 2021, tertuduh didatangi oleh adik iparnya (tertuduh) yang mengetuk pintu dengan kuat dan sebaik pintu dibuka, dia terus meluru masuk ke arah pengadu.
   
Tertuduh cuba menumbuk pengadu namun berjaya dielak sebelum bertindak menendang pengadu dan menggena pada bahagian dada.
   
Tertuduh kemudian dibawa keluar oleh jiran-jiran pengadu yang datang untuk meleraikan keadaan.
   
Sekitar jam 11.20 pagi, 18 November 2021 di ruang rehat Pusat Maklumat Pelawat, polis telah menangkap tertuduh kerana disyaki terlibat dalam kes ini.
   
Hasil siasatan lanjut polis mendapati tertuduh yang tidak mempunyai pekerjaan hanya bergantung hidup dengan adik-beradiknya.
   
Semasa kejadian, tertuduh yang berada di bawah pengaruh alkohol telah datang ke rumah pengadu untuk meminta duit daripada isteri pengadu yang juga kakaknya.
   
Setelah menelititi beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukannya serta mengambil kira kepentingan awam, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas tertuduh untuk kesalahan pertama.
   
Manakala bagi kesalahan kedua, tertuduh dihukum penjara 12 bulan dan kesalahan ketiga, dihukum penjara lapan bulan.
   
Mahkamah memerintahkan ketiga-tiga hukuman itu berjalan serentak.
   
Pendakwaan dilakukakn ASP Mary Ong di hdapan Majistret Leona Dominic Mojiliu manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.



utusanborneo.com.my/2022/01/12
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.087010 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list