CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 333|Reply: 0

[Sarawak] Jual telefon pintar curi RM200, lelaki didenda RM2,000

[Copy link]
Post time 12-1-2022 03:54 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 12-1-2022 07:56 AM



KUCHING: Padah melupuskan harta curi iaitu sebuah telefon pintar dengan harga RM200, seorang lelaki bekerja sendiri dijatuhi hukuman denda RM2,000 di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali juga memerintahkan tertuduh, Muhammad Hardi Roslan, 34, yang mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut, untuk dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melupuskan harta curi milik seorang mangsa wanita berusia 24 tahun iaitu sebuah telefon pintar dalam satu kejadian antara 5 Disember 2020 dan 8 Januari 2021, di sebuah premis di Tabuan Jaya di sini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan keterangan kes, mangsa telah diragut oleh seorang lelaki yang menunggang sebuah motosikal pada 5 Disember 2020, jam lebih kurang 9.45 pagi di Lorong Wan Abdul Rahman di sini sehingga mangsa mengalami kerugian berjumlah RM930.

Antara barangan yang hilang adalah sebuah beg tangan, kad pengenalan serta kad bank, sebentuk cincin emas dan sebuah telefon bimbit.

Sehubungan itu, laporan polis dibuat dan hasil siasatan polis seterusnya membawa kepada seorang lelaki yang telah dilaporkan membeli sebuah telefon pintar tersebut dengan harga RM200 daripada tertuduh.

Telefon berkenaan dirampas untuk dijadikan bahan kes dan tertuduh kemudian ditangkap pada 5 Januari 2021 di Kampung Tabuan Melayu di sini.


utusanborneo.com.my/2022/01/12
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.348678 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list