CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 302|Reply: 0

[Sarawak] Penganggur mengamuk rosakkan mesin basuh dan televisyen ibu didenda

[Copy link]
Post time 12-1-2022 03:52 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seorang penganggur lelaki dijatuhi hukuman denda RM4,000 di Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah melakukan khianat merosakkan harta milik ibunya iaitu sebuah mesin basuh dan dua buah televisyen, Sabtu lalu.

Majistret Zaiton Anuar juga menetapkan tertuduh, Hafizi Yusop, 42, untuk dipenjara tujuh bulan penjara sekiranya gagal membayar denda.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan khianat terhadap harta milik ibunya iaitu sebuah mesin basuh dan dua buah televisyen sehingga mengakibatkan kerugian berjumlah RM3,000.

Perbuatan itu didakwa dilakukannya dalam satu kejadian pada 8 Januari lalu, jam 4.15 petang di kediaman mereka di Kampung Geobilt, Jalan Bako di sini.

Mengikut fakta kes, tertuduh tiba-tiba mengamuk dan bertindak agresif memecahkan barang-barang di dalam rumah pada hari kejadian.

Tertuduh juga menendang sebuah mesin basuh dan menghempas dua buah televisyen, selain membaling batu bata ke atas atap rumah mereka dan rumah jiran mereka.

Difahamkan, tertuduh sering bertindak agresif dan pernah dijatuhi hukuman penjara sebelum ini akibat kesalahan khianat iaitu memecahkan barang-barang rumah.

Sehubungan itu, ibu tertuduh yang bimbang akan keselamatan diri, keluarga dan harta benda miliknya bertindak membuat laporan polis.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada setahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh tidak diwakili peguam sementara pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang.


utusanborneo.com.my/2022/01/12
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.332044 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list