CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 254|Reply: 0

[Sabah] Warga asing miliki dadah dihukum gantung

[Copy link]
Post time 12-1-2022 03:48 PM | Show all posts |Read mode


PADAH: Benhar (tengah) diiring keluar selepas prosiding mahkamah dijalankan.

TAWAU : Seorang lelaki warga asing dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati memiliki dadah jenis Methamphetamine tiga tahun lalu, di Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini.  

Hakim Mahkamah Tinggi Dr Lim Hock Leng menjatuhi hukuman itu ke atas Benhar Hussin,33, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Benhar didakwa memiliki dadah seberat 52.13 gram methamphetamine di kawasan perkarangan tempat letak kereta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu pada jam 8.30 malam, 14 Januari 2018.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Mengikut fakta kes, Benhar ditahan pasukan polis selepas melarikan diri kerana terlibat dalam insiden kemalangan.

Sebaik siasatan dijalankan, tertuduh mengaku menyimpan barang salah iaitu dadah jenis methamphetamine di dalam kenderaan yang digunakan semasa kemalangan.

Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan yang letakkan di kawasan perkarangan IPD Lahad Datu telah menemukan dadah jenis methamphetamine seberat 52.13 gram.

Sehubungan itu, tertuduh didapati mengedar dadah methamphetamine seberat 52.13 gram dan telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952  boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) Akta yang sama.     

Tertuduh hanya menundukkan wajah dan diam di kandang tertuduh ketika keputusan dibacakan oleh Hakim Dr Lim Hock Leng.

Dalam prosiding tersebut, pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Hurman Hussain, manakala Benhar diwakili peguambela Victoria Chee.


utusanborneo.com.my/2022/01/12
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.049888 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list