CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 160|Reply: 0

[Pulau Pinang] 85 sukarelawan enam ILJTM bantu mangsa banjir

[Copy link]
Post time 12-1-2022 10:56 AM | Show all posts |Read mode
85 sukarelawan enam ILJTM bantu mangsa banjir
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 12 Januari 2022


Zamzuri (berdiri empat dari kanan) bersama sukarelawan dari enam ILJTM yang menyertai misi bantuan banjir di Taman Seri Nanding.


GEORGETOWN - Seramai 85 sukarelawan daripada enam Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) berganding bahu dalam misi membantu mangsa-mangsa banjir di Taman Seri Nanding, Hulu Langat, Selangor.


Pengarah Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas, Zamzuri Hassan yang juga penasihat program berkata, program yang diadakan selama empat hari bermula 10 sehingga 13 Januari itu berjaya membantu meringankan beban lebih 100 keluarga warga Seri Nanding yang terkesan teruk akibat banjir pada Disember tahun lalu.


Menurutnya, misi bantuan itu merupakan cetusan daripada Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Shakib Ahmad Shakir bagi mewujudkan misi bantuan yang terdiri daripada gerakan bersepadu sukarelawan teknikal ILJTM.


"Banjir besar yang melanda beberapa negeri baru-baru ini telah mendorong warga ILJTM untuk bersatu di bawah semangat Keluarga Malaysia untuk turut berganding bahu dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir. Melalui gerakan ini bantuan yang dihulurkan lebih tersusun dan sistematik.


"Misi pasca banjir Seri Nanding ini merupakan kesinambungan daripada program pasca banjir ILJTM Zon Timur bersama Amal Bank Islam serta program bantuan mangsa banjir di Sepang," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.


Katanya lagi, program kali ini merupakan kolaborasi antara enam ILJTM iaitu ILP Kepala Batas, ILP Nibong Tebal ILP Jitra, ILP Ipoh, ADTEC Shah Alam dan JMTI bersama SW Corp serta RevortechSdn Bhd.


"Jumlah keseluruhan yang menyertai misi ini adalah 85 sukarelawan yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar-pelajar daripada kursus elektrik dan elektronik.


"Tujuan utama program ini adalah untuk membantu meringankan beban mangsa banjir bagi memulihkan semula kehidupan mereka di samping dapat mengurangkan pelupusan barangan kelengkapan elektrik yang ditenggelami banjir," katanya.


Beliau menambah, program serampang dua mata itu juga dapat melatih pelajar mempraktikkan kemahiran dan kepakaran mereka di lapangan sebenar di samping menggalakkan pelajar-pelajar untuk berkhidmat kepada masyarakat yang memerlukan bantuan.


"Program yang diadakan selama empat hari bermula 10 sehingga 13 Januari ini diharap dapat membantu meringankan mangsa-mangsa banjir yang terkesan teruk.


"Di samping bantuan yang diberikan, misi ini juga memberi pendedahan kepada pelajar kerja di lapangan sebenar. Pendedahan seperti ini dilihat amat penting untuk pelajar lebih mahir di lapangan," katanya.


Katanya lagi, antara khidmat yang diberikan sukarelawan adalah memeriksa dan membaiki peralatan-peralatan elektrik yang rosak akibat banjir seperti kipas, mesin basuh dan peti sejuk.


"Disebabkan misi ini melibatkan pensyarah serta pelajar-pelajar daripada kursus elektrik dan elektronik, mereka akan lebih kepada kerja memeriksa dan membantu peralatan elektrik yang rosak.


"Kita berharap, menerusi usaha kecil ini, sukarelawan teknikal ILJTM akan terus proaktif menggembleng tenaga menawarkan kemahiran dan kepakaran kepada mangsa banjir dan orang awam yang memerlukan," katanya.


Sebelum ini, kira-kira 1,000 rumah penduduk di Taman Sri Nanding ditenggelami air hingga paras bumbung berikutan hujan berterusan lebih 48 jam selama tiga hari.


Menurut penduduk, rumah mereka ditenggelami banjir bermula jam 8 malam, 18 Disember dan mereka terpaksa bermalam di atas bumbung Surau Al Munir Taman Sri Nanding.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... bantu-mangsa-banjir
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

16-5-2022 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.085826 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list