CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1950|Reply: 1

Bila Pak Belang Kebuluran

[Copy link]
Post time 12-1-2022 10:00 AM | Show all posts |Read mode

LAPORAN Metro Ahad, 9 Januari lalu.



Tidak tahan kebuluran dan terdesak mencari makanan. Itu antara faktor dikenal pasti menjadi punca serangan seekor harimau belang jantan yang membunuh lelaki Orang Asli di Gua Musang, Kelantan, Jumaat lalu.

Difahamkan kepupusan mendadak haiwan liar seperti rusa dan babi hutan di sekitar kawasan Hutan Gua Musang menjadi punya harimau belang menceroboh masuk ke kawasan kampung untuk mencari makanan.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan mamalia pemangsa itu dalam keadaan kelaparan.

Menurutnya, terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan harimau menyerang manusia antaranya cedera, mempunyai anak kecil atau usia tua menyebabkan haiwan itu tidak mampu mencari makanan.



"Namun Perhilitan mengandaikan terdapat faktor utama lain menyumbang kepada masalah ini iaitu sumber makanan semula jadi harimau yang merosot.

"Melalui kaedah pemasangan perangkap kamera di dalam hutan sekitar Pos Bihai, Gua Musang, sebelum ini, kami mendapati haiwan mangsa seperti kijang, rusa dan babi hutan sukar dikesan.

"Ada kemungkinan bilangannya merosot teruk kesan aktiviti pemburuan dan menjerat selain penerokaan hutan yang menyebabkan habitat semula jadi haiwan mangsa ini terganggu," katanya.

Kadir berkata, pihaknya turut tidak menolak kemungkinan segelintir harimau belang di Pos Bihai itu dijangkiti penyakit Canine Distemper Virus (CDV) yang menyebabkan binatang itu mempunyai perilaku tidak lagi takutkan manusia.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-1-2022 10:02 AM | Show all posts

PAK Belang



"Ini berlawanan dengan sifat semula jadi haiwan itu yang cenderung melarikan diri jika terserempak manusia sebelum ini. Bagaimanapun, perkara ini belum dapat disahkan secara santifik," katanya.

Difahamkan penyakit CDV pernah menjangkiti harimau di Riau, Bengkulu dan Jambi di Indonesia sebelum ini menyebabkan harimau masuk ke kawasan perkampungan tanpa rasa takut menghadapi manusia.

Ditanya berhubung dakwaan terdapat 11 ekor harimau belang yang masih berkeliaran di Pos Bihai, beliau memaklumkan dakwaan itu tidak tepat.

Menurutnya, kawasan hutan simpan di sekitar Pos Bihai mempunyai keluasan mencecah 2,100 kilometer persegi yang dianggap amat luas.

"Sukar untuk memastikan jumlah sebenar harimau belang di lokasi amat luas yang menjadi habitat semula jadi harimau belang di Kelantan. Ada kemungkinan jumlahnya melebihi jangkaan (11 ekor).

"Sehingga kini pihak Perhilitan masih menyiasat dan membuat tinjauan di sekitar kawasan Kampung Sau, Pos Bihai yang dihuni sekitar 30 orang penduduk Orang Asli. Perhilitan turut meminta bantuan Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi membantu memastikan keselamatan penduduk di perkampungan itu," katanya.

Ditanya sama ada penduduk di kawasan itu wajar dipindahkan, Kadir tidak menolak cadangan itu berikutan kekerapan harimau belang muncul di perkampungan berkenaan selain menyerang penduduk.

Terbaharu kelmarin, warga Sekolah Kebangsaan (SK) Bihai mengesan dan sempat merakam kelibat seekor harimau belang yang dikesan berada di luar pagar sekolah.

"Ketika ini sebanyak lima perangkap dipasang Perhilitan di sekitar kampung itu bagi menangkap harimau yang berkeliaran," katanya.

Disiarkan pada: Januari 12, 2022 @ 7:00am



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.339110 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list