CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 152|Reply: 0

[Pulau Pinang] Empat ditahan bantu siasatan kes curi kabel

[Copy link]
Post time 11-1-2022 06:56 PM | Show all posts |Read mode
Empat ditahan bantu siasatan kes curi kabel

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Januari 11, 2022 @ 5:58pmbhnews@bh.com.my




Mohd Shuhaily (dua dari kanan) menunjukkan antara barangan beberapa kes yang dirampas ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pulau Pinang di sini. - Foto NSTP/Danial Saad


GEORGETOWN: Empat termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan kes kecurian kabel di sebuah tapak pembinaan di Lebuh Bukit Jambul, Bayan Lepas, di sini.

Penahanan itu dilakukan susulan laporan lelaki yang juga penyelia tapak projek berkenaan berhubung kecurian kabel.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata terdahulu pada jam 9.30 pagi, 5 Januari lalu, penyelia tapak projek mendapati 35 meter kabel di tapak pembinaan itu sudah hilang dipercayai dicuri.

Bertindak atas maklumat, polis dapat mengesan dan menahan semua suspek di Jalan Paya Terubong, di sini, sehari kemudian. Semua suspek yang berasal dari negeri ini berusia antara 39 hingga 61 tahun.

"Hasil ujian saringan air kencing mendapati tiga suspek lelaki itu positif dadah serta mempunyai rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah," katanya pada sidang media Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, hari ini.

Kerugian dianggarkan sebanyak RM10,000 dan semua suspek direman lima hari berakhir hari ini.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

23-5-2022 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.072787 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list