CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 452|Reply: 0

[Pulau Pinang] 10 kes Omicron dikesan di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 11-1-2022 06:34 PM | Show all posts |Read mode
10 kes Omicron dikesan di Pulau Pinang

Oleh Nur Izzati Mohamad - Januari 11, 2022 @ 3:51pmbhnews@bh.com.my




Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (lima dari kanan) menyampaikan buah limau kepada Pengurus Besar Pemasaran, Komunikasi Korporat dan Sokongan Jualan NSTP, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (empat dari kiri) ketika kunjungan sempena Tahun Baru Cina di Pejabat NSTP Pulau Pinang. Turut hadir Ketua Wilayah Media Prima Omnia, S Linggaraj (tiga dari kiri), Pengurus Kanan Wilayah Media Prima Omnia, Sharifah Omar (tiga dari kanan), EXCO Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan, Yeoh Soon Hin (empat dari kanan) dan Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh (kiri) - Foto NSTP/Mikail Ong




GEORGETOWN: Pulau Pinang merekodkan 10 kes COVID-19 membabitkan varian Omicron setakat semalam.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow, berkata bagaimanapun sebahagian mereka yang dijangkiti sudah pulih dan keluar dari wad selepas mendapatkan rawatan.

Menurutnya, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) kini sedang memerhati situasi semasa berhubung varian itu dan sentiasa bersiap siaga pada setiap masa.

"Kes yang direkodkan ini juga semua dari kategori 1 dan 2 yang sebahagiannya sudah discaj dari wad.

"Semua kes ini tidak membabitkan komuniti yang mana ia adalah kes import membabitkan individu baharu pulang dari umrah dan juga ada dari Dubai.

"Dalam pada itu, tiada kes kontak rapat membabitkan varian ini dilaporkan. Jadi melihat kepada situasi ini keadaan di Pulau Pinang masih lagi terkawal," katanya selepas mengadakan kunjungan sempena Tahun Baharu Cina di Pejabat New Straits Times Press (NSTP), di sini, hari ini.

Kehadiran Kon Yeow disambut warga kerja NSTP diketuai Pengurus Besar Pemasaran, Komunikasi Korporat dan Sokongan Jualan NSTP, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Kon Yeow meluangkan masa kira-kira satu jam beramah mesra dengan warga kerja NSTP dan makan tengah hari.

Sementara itu, Kon Yeow berkata, program vaksinasi dos penggalak di Pulau Pinang kini mendapat sambutan apabila 36 peratus iaitu lebih 500,000 rakyat sudah mendapatkan suntikan di fasiliti yang disediakan.

"Buat masa ini pusat pemberian vaksin dos penggalak membabitkan klinik dan hospital swasta serta PPV Offsite mencukupi dan tiada lagi keperluan untuk mewujudkan PPV mega.

"Saya berharap kadar suntikan dos penggalak dapat dipercepatkan supaya rakyat lebih dilindungi dan selamat yang mana setakat ini kadar pemberian suntikan penggalak sehari adalah 18,000 dos ," katanya.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.222695 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list