CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1520|Reply: 28

[Tempatan] 25 panel pakar diyakini mampu beri solusi isu hartanah negara. Uols yakin kerrr?

  [Copy link]
Post time 11-1-2022 04:28 PM | Show all posts |Read mode
25 panel pakar diyakini mampu beri solusi isu hartanah negara

https://www.utusan.com.my/terkin ... su-hartanah-negara/

Oleh AMREE AHMAD
11 Januari 2022, 3:48 pm


REEZAL Merican Naina Merican (dua kiri) menyampaikan watikah pelantikan panel pemikir kepada Jufitri Joha (dua kanan) di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican optimis panel berkepakaran (POE) bakal merungkai kemelut isu hartanah negara.

Pelantikan 25 anggota tersebut juga disaring teliti oleh jawatankuasa di kementerian itu bagi memberi input penyelesaian pelbagai masalah dialami sektor hartanah sejak sekian lama.

“Saya yakin POE seumpama badan pemikir yang mungkin kementerian ada terlepas pandang beberapa isu agar model pembangunan hartanah ditambah baik lagi selepas ini,” katanya pada sidang akhbar selepas menyerahkan watikah pelantikan kepada 25 ahli POE di sini hari ini yang turut dihadiri oleh timbalannya, Datuk Seri Dr. Ismail Abdul Muttalib.

Panel itu disertai antaranya bekas Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Phesal Talib dilantik sebagai Pengerusi Ganti selain turut dianggotai tokoh korporat terkenal iaitu Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar; bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Zamani Abdul Ghani; Pengarah Penyelidikan Khazanah Institute, Dr. Suraya Ismail; Presiden Majlis Belia Malaysia, Jufitri Joha dan Pengarah Ekonomi Pejabat Perdana Menteri, Shahril Sufian Hamdan.

Reezal Merican berkata, isu pemilikan rumah, kekurangan rumah mampu milik dan lambakan rumah di seluruh negara antara topik yang perlu diperhalusi anggota POE dan satu pendekatan baharu lebih tersusun wajar dirangka segera dan ini selaras misi kementerian menggalakkan generasi muda mempunyai rumah pada awal usia belia.

Beliau turut menggariskan lima cabaran yang perlu dilihat bersama iaitu ketersediaan rumah, aksesibiliti pemilikan, kemampuan pembelian, kualiti perumahan dan tahap daya huninya sertab penekanan isu itu amat penting kerana memberi kesan besar khususnya bagi golongan muda dan B40 sukar menyediakan wang pendahuluan bagi memiliki rumah sendiri.
Pada masa sama jelasnya, POE perlu memikirkan bagaimana menjayakan sasaran 500,000 unit rumah mampu milik Rancangan Malaysia Ke-12 yang perlu diuruskan menjelang 2025.

Reezal Merican namun turut memberi jaminan, kementerian sedia membantu rakyat menerusi beberapa pendekatan seperti pengecualian duti setem dalam Karnival Jom Beli Rumah 2022 yang merangkumi surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman selain bakal memperkenalkan Skim Pembiayaan Perumahan Malaysia melalui syarikat jaminan kredit dan Cagamas Berhad.

“Saya ada keyakinan tinggi isu ini boleh ditangani namun disebabkan keterbatasan maklumat, saya memerlukan idea pihak luar sebagai gabungan inisiatif strategik yang sepadu. Contoh dapatan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara yang mengenal pasti 24 peratus kediaman gagal dijual di seluruh Malaysia walhal ramai orang masih lagi tiada rumah. Keadaan itu amat pelik dan memerlukan data teliti terutama faktor rakyat tidak mampu beli rumah sedangkan berlaku lambakan selain isu lonjakan harga pasaran,” katanya.


Multiple Polls: ( Max 2 choices ), Total 18 Users voted
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2022 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 10:10 PM | Show all posts
hmm time sekarang ni camne ek nak ada beli rumah sendiri.. sebab malaysia ni rasanya struktur tanah tu dah jadi lain sejak banjir ni... mungkin kita kena ada concept lain skrg..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 10:12 PM | Show all posts
minahremp replied at 12-1-2022 10:10 PM
hmm time sekarang ni camne ek nak ada beli rumah sendiri.. sebab malaysia ni rasanya struktur tanah  ...

betul tu weh.. kadang mmg teringin nak rumah 3 4 tingkat just to fit satu family besar kikiki. tapi tulaa susah sikit kalau nak berunding untuk beli rumah ni. dah ada secure job pun kadang banyak liabilities nak bayar

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 10:57 PM | Show all posts
ultramant replied at 12-1-2022 10:12 PM
betul tu weh.. kadang mmg teringin nak rumah 3 4 tingkat just to fit satu family besar kikiki. tap ...

baik mnyewa/beli rumah flat yg baru je boleh tempah 1 building utk family awk je tapi tu lah mana nak jumpa macam tu..
kalau ade pun townhouse...sekarang design rumah dah back to basic balik design pun biasa2 je...lagi bape tahun nak 2030 dah tk de pun design yg lain dari lain..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 11:23 PM | Show all posts
minahremp replied at 12-1-2022 10:10 PM
hmm time sekarang ni camne ek nak ada beli rumah sendiri.. sebab malaysia ni rasanya struktur tanah  ...

betul kdang2 geram dgn org yg mampu beli 2-3 bijik rumah dgn harga murah tapi bila jual balik, jadi mahal dan sewa pun melampau2 harga...
nampak nya kena guna duit epf lah beli tanah bila dah tua nanti haahha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2022 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Price sure go hap hwangggg
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari awal tak kawal harga rumah..
Huhu..
Lepas tu asyik la buka tanah buat kondo..rumah mewah2..last2 tkde sape nk duduk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2022 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Poyo je..semua ni..satu perkara dipublisitikan sekadar nk politik je tp kelaut..yg pasti saban tahun harga umah mkin naik
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 12:14 PM | Show all posts
blh turunkan rege umah ke? klu xblh, membazir je lantik pakar sana sini...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 02:21 PM | Show all posts
kartel property lebih berkuasa

lain2 sembang

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 08:44 PM | Show all posts
sunnybear replied at 12-1-2022 11:23 PM
betul kdang2 geram dgn org yg mampu beli 2-3 bijik rumah dgn harga murah tapi bila jual balik, jad ...

lagi puas hati weh klu gituuu! sbab pikir tanah sendiri suka hati sendiri tapi tu lah mesti nak cari tmpat yg jauh dari org dan bandar..
so betul lah tu hari tua nnti bru boleh beli rumah.. design rumah pun time tu melambung lah harga.. tiba lah masa cari inspired design rumah sendiri hoho
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 08:46 PM | Show all posts
akies replied at 12-1-2022 11:53 PM
Dari awal tak kawal harga rumah..
Huhu..
Lepas tu asyik la buka tanah buat kondo..rumah mewah2..last ...

yesss betulll!! yg beli rumah kondo ape semua org2 muda, belum kawen atau tk de anak lagi nley lerrr..
lebih suka rumah landed tapi tu lah belum mampu lagi rasanya tahun 2030 lah kot baru merasa beli rumah or tanah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 09:30 PM | Show all posts
sunnybear replied at 12-1-2022 11:23 PM
betul kdang2 geram dgn org yg mampu beli 2-3 bijik rumah dgn harga murah tapi bila jual balik, jad ...

kan wehh susah nak cari rumah sndiri skrg.. kadang kerja pun masih terkapai2, lagi kita nak ada rumah sendiri.. mmg proses banyak la cite dia haihh. lain la kalau kita bleh masuk pertandingan and menang macam rumah ke kan

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 09:32 PM | Show all posts
kakakyee replied at 12-1-2022 10:57 PM
baik mnyewa/beli rumah flat yg baru je boleh tempah 1 building utk family awk je tapi tu lah mana  ...

dia asal luar nampak tak berapa, dalam selesa sangat tu pun dah ok untuk sesisi keluarga.. cuma kena tgk jugak kemudahan sekeliling, benda tu penting untk kita take note.. nak tgk jugak kot ada rumah ada enjin ke masa 2030 nanti kikik

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 09:40 PM | Show all posts
lan.cau je tu, benda2 macam ni pun nak panggil pakar...cara penyelesaian

1- warga asing tak boleh beli rumah, kerana warga asing beli, pemaju akan bina rumah ikut kehendak warga asing.
2- individu boleh ada rumah maksimum 2 biji sahaja.
3- kapitalis- yang ni ce.la.ka...kenapa PBT benarkan pemaju bina rumah mahal? sebab disogok? ada sogokan, ada kelulusan?
4- keluarkan data pemilikan rumah oleh warga asing, adakah warga asing mempunyai lebih dari 1 biji rumah?
5- jangan selesai masalah lambakan rumah dengan menjual rumah kepada warga asing, cara yang betul, turunkan harga rumah, biar pemaju rugi, kerana itu lah konsep perniagaan.
6- punca segala masalah rumah adalah kerana benarkan rumah dijual kepada warga asing.
7- warga asing...warga asing yang bersalah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2022 11:03 PM | Show all posts
sunnybear replied at 12-1-2022 11:23 PM
betul kdang2 geram dgn org yg mampu beli 2-3 bijik rumah dgn harga murah tapi bila jual balik, jad ...

tk pe lah sis janji berharta lah nanti kalau sempat pun .
tp kan macam design rumah tu ade je yg mcm sime darby buat concept home 2030 tu .
https://concepthome2030.simedarb ... rtlisted-submission
kalau ak lah beli tanah, lepas tu buat salah 1 design dari 10 ni lagi asyukkk! hahaaha
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 11:05 PM | Show all posts
ultramant replied at 13-1-2022 09:32 PM
dia asal luar nampak tak berapa, dalam selesa sangat tu pun dah ok untuk sesisi keluarga.. cuma ke ...

kalau ak lebihkan dua2 sebab kadang tk selesa jgak kalau luar pun tk seberapa biar rumah nampak wooww!
tk pe skrg ni follow je flow nanti ade rezeki, beli lah rumah walaupun kecik weh janji ada tempat berteduh. tk leh imagine anak kita akan datang.
rumah makin mahal
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 11:35 PM | Show all posts
ultramant replied at 13-1-2022 09:32 PM
dia asal luar nampak tak berapa, dalam selesa sangat tu pun dah ok untuk sesisi keluarga.. cuma ke ...

stuju sngt. sbb aku pun duduk rumah flat jugak, and nak deco dulu. dah cukup duit betul2 mmg nak invest untuk beli rumah biar family rasa selesa sikit.. lain la kalau kita bleh menang duit ke kan heheh senang kerja aku

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 01:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Namenye pakar tapi bodow..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.307813 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list