CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 146|Reply: 0

[Pulau Pinang] Sindiket judi dalam talian tumpas, 23 individu ditahan

[Copy link]
Post time 11-1-2022 02:59 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Shuhaily menunjukkan barangan yang dirampas daripada dua serbuan di Georgetown pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang pada Selasa.

GEORGETOWN - Berselindung di sebalik kondominium mewah, satu sindiket perjudian dalam talian tumpas apabila 23 pekerja sindiket itu ditahan dalam dua serbuan pada 7 Januari lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, dalam serbuan pertama pada jam 5.25 petang itu, sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Judi, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) bersama Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pulau Pinang menahan 13 individu di sebuah kondominium di Persiaran Gurney, di sini.

Menurutnya, tangkapan pertama itu melibatkan 10 lelaki dan tiga wanita warga tempatan berusia lingkungan 19 hingga 31 tahun.

"Selepas serbuan pertama, ia membawa kepada serbuan kedua di sebuah kondominium mewah di Jalan Kelawei. Serbuan kedua kita menahan 10 lagi individu yang terdiri daripada sembilan lelaki dan seorang wanita warga tempatan berusia lingkungan 16 hingga 27 tahun.

"Sindiket ini dipercayai mengambil pekerja dalam kalangan orang muda namun tahu selok-belok dalam pengkomputeran. Kebanyakan mereka ini baru bekerja antara seminggu hingga sebulan dengan sindiket tersebut.

"Ada di antara pekerja ini pernah ditahan di atas kesalahan yang sama," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, di sini pada Selasa.

Katanya, kesemua pekerja berkenaan dibayar gaji antara RM1,500 hingga RM2,000 yang berperanan sebagai agen mempromosikan sindiket perjudian dalam talian.

"Selain gaji tetap, mereka juga dibayar komisen sebanyak lima peratus sekiranya pelanggan kalah dalam permainan judi berkenaan. Sindiket ini bergiat aktif sejak pertengahan Disember tahun lalu dengan waktu operasi antara jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam setiap hari.
Disyorkan artikel ini:

"Sindiket ini dipercayai akan memancing pelanggan mereka melalui media sosial Facebook, WhatsApp dan Telegram sebelum berkongsi pautan untuk menawarkan perkhidmatan perjudian kepada pelanggan," katanya.

Mohd Shuhaily menambah, hasil kedua-dua serbuan itu, polis merampas pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk aktiviti perjudian antaranya 85 unit telefon bimbit pelbagai jenama; 18 unit komputer riba, lapan set desktop komputer, 49 keping kad sim dan dua buah kereta jenis Honda.

"Sindiket ini didapati menggunakan modus operandi baharu yang mana taruhan nombor ekor dibuat oleh sindiket itu sendiri tanpa melibatkan pihak ketiga. Sindiket akan membuat cabutan pada setiap hari.

"Kita sedang bekerjasama dengan Polis Bukit Aman untuk mengesan sama ada sindiket yang sama turut beroperasi di kontinjen lain selain Pulau Pinang. Ini kerana, kita belum menahan ketua sindiket dan usaha untuk mengesannya sedang giat dijalankan.

Kesemua suspek ditahan mengikut Seksyen 4(1)(a); Seksyen 4(1)(b), Seksyen 4(1)(c) dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Dalam kes berasingan, empat lelaki dipercayai ah long ditahan bagi membantu siasatan kes samun dan khianat dengan api pada jam 2 pagi, 7 Januari lalu.

Mohd Shuhaily berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 25 hingga 30 tahun dan berasal dari Pulau Pinang itu ditahan di Jalan Perak, Jelutong, di sini.

"Kesemua mereka ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes seorang wanita berusia 47 tahun dipukul pada jam 5.30 petang, 3 Januari lalu. Semua suspek menjalankan kegiatan pinjaman wang tanpa lesen (ah long) di sebuah hotel bajet di Jalan Kampung Malabar, di sini.

"Kita berjaya merampas kesemua barang kes milik mangsa. Kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Hasil ujian saringan air kencing kesemua suspek bebas dadah," katanya.

Katanya, dalam kejadian berkenaan, suspek telah mengambil kunci kereta dan dua kad bank milik mangsa.

"Mangsa dikurung selama dua hari sebelum berjaya diselamatkan oleh anggota Balai Polis Central pada jam 10.03 malam, 5 Januari lalu. Mangsa mengalami cedera ringan di bahagian kepala.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, mangsa diperlakukan seperti itu selepas gagal membuat pembayaran pinjaman sebanyak RM10,000.

"Mangsa membuat pinjaman daripada salah seorang suspek.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan," katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... 23-individu-ditahan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-5-2022 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.081232 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list