Menangguk di air keruh!
Seorang pengguna Twitter, phena29 membongkar taktik penipuan itu di Twitter apabila seorang individu menggunakan gambar bayi berserta alasan sakit demi mendapatkan sumbangan dan simpati daripada orang ramai.
Individu tidak bertanggungjawab itu menggunakan gambar bayi rakannya untuk mengaut keuntungan mudah.
Scammer tersebut menggunakan nama Twitter aaashhhhhh_ dan membuat bebenang di Twitter memohon sumbangan orang ramai untuk rawatan 'anaknya' seorang bayi istimewa yang mempunyai penyakit jantung dan tiroid.
Kredit : Twitter @phena29
Namun, sebaik taktiknya terbongkar, penipu itu sudah menutup akaunnya.
Sementara itu, ibu kandung bayi itu juga telah membuat laporan kepada pihak polis Balai Serdang, Bandar Bharu, Kedah pada Ahad lalu untuk tindakan lanjut pihak berkuasa.
Zaman sekarang ni pelbagai kaedah penipuan sanggup dilakukan individu tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan atas kebaikan rakyat Malaysia.
Oleh itu orang ramai dinasihatkan selidik terlebih dahulu sebelum menyumbang kepada akaun persendirian seumpamanya. -CARI |