Post Last Edit by ussopp at 30-8-2010 19:26
MAri kita lihat kembali hadis tentang merapatkan saf. yang mana ia menjadi satu janji dari Allah merangkap satu amaran dari nabi.
ketahuilah amaran ini penting kesannya!!!
hadis:
"Rapatkanlah barisanmu (tiga kali), Demi Allah, kalian akan menegakkanbarisan, atau Allah akan membuat hati kalian saling berselisisih"
LaluNu'man berkata :"Lalu saya melihat masing-masing jemaah menempelkan bahunya ke bahu kawannya, dan kakinya ke kaki kawannya"
hadith di atas disohihkan oleh al-Albani dalam Silsilah hadith Sohihah (1/69), hadith ke-32
okey....
janji Allah , Allah akan memecah belahkan hati manusia dari fahaman hadis itu, maknanya jauh dari perpaduan.
sebaliknya jika kita rapat, tentulah perpaduan akan mudah diucapai.
sy akan menyokong hadis ni melalui beberapa hujah akal. adapun hujah dari hadis sudah terang dan nyata, sepatutnya tidak perlu hujah akal ini,
namun, ini hanyalah bonus, dan sesiapa yg tidak bersetuju, boleh saja tinggalkan kerana ia hanya hujah akal. namun, tidak boleh tidak bersetuju dgn hadis itu.
ok, bismillah....
kenapa rapat boleh mendatangkan perpaduan.?
pernah tak anda rasa, berkali2 datang ke masjid, berjumpa dengan orang yg sama namun tidak mesra.?
anda pernah?
sy pernah.
sembahyang selalu, namun, bila solat jemaah,ia boleh menjadi seperti asing2 yakni sembahyang sorang2 kerana ada jarak.
saranan nabi supaya rapat sgt banyak manfaat akalnya.
antaranya ialah atas alasan sentuhan. semua org, bukan sy saja, tentu arif tentang betapa efektifnya sentuhan dlm memecahkan "barrier" antara manusia.
sentuhan ibu, sentuhan suami, sentuhan macam lagi, bak kata iklan dalam tv, sentuhan ibu lebih walopun sekejab bermakna dari kata2 yg panjang(iklan lama).
ni nak tunjuk kat sini bahawa sentuhan itu adalah cara paling efektif nak merapatkan hubungan.
dan bila solat jemaah, bila kita ikut cara sunnah, kaki, tak kiralah kaki tukang sapu, kaki perdana menteri, kaki putih , kaki hitam, kaki bersih, kaki kudis, semua kena rapat atas dasar Allah semata-mata.
dan apa lagi keberkatan dalam hubungan selain dari alasan kerana Allah...?tiada yg boleh lawan alasan ini.
jadi percayalah, sesiapa yg geli nak rapat, tetapi cuba tahan perasaan gelinya dan cuba rapat jugak maka janji Allah pasti benar, hati2 pasti akan bersatu jika rapat.
jikalau anda susah nak rapat, sekurang-kurangnya, jika ada yg rapat ke arah anda, janganlah menjauh. biarkanlah....
sy sendiri sgt geli dahulunya, namun, sy mulakan dgn membiarkan jika ada org rapatkan, dan akhirnya kini, sy pun dah dapat rasa kemanisannnya. Alhamdulillah....
tentang masalah yg timbul, umumnya jika seseorang itu dtg ke masjid dalam keadaan yg seolah2 menyakiti jemaah lain, seperti busuk , kototr dan sebagainya, maka ada larangan dari hadis keapd org2 begini. sy akan bawakan hadis nabi tentang ini.InsyaAllah.
TETAPI, jika ada jugak dari jenis nie yg dtg dan sembahyang, maka kewajipan memenuhi etika merapatkan saf tetap perlu. ini adalah kerana, sesungguhnya arahan merapatkan saf tiu jauh lebih besar dari kebusukkan atau kekotoran dari jemaah yg berkenaan.
maksudnya selagi mana dia tidak membawa najis lah, dimana kekotoran itu hanyalah dari segi kotor atau pun yg menimbulkan jijik dari segi perasaan kita atau kebiasaan kita. maka perlu lah rapat jugak.
kesimpulannya, setiap jemaah perlu bersih, tidak busuk, kotor, dan apa2 saja yg menyakiti jemaah lain.
namun jika ada jugak org begini, KITA TETAP KENA RAPAT!
kerana janji Allah dlm hadis pasti benar.