CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 304|Reply: 0

[Sarawak] Lee Kim Shin pastikan baraj Kuching berfungsi dengan baik

[Copy link]
Post time 10-1-2022 10:23 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kementerian Pengangkutan bersama Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) sentiasa komited dalam memastikan sistem stesen pintu kawalan air (baraj) berfungsi dengan baik bagi mengawal risiko banjir pada masa akan datang.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, ia sebagai persediaan bagi menghadapi kemungkinan banjir berikutan amaran hujan berterusan yang dijangka berlaku di beberapa daerah di Sarawak bermula 11 hingga 13 Januari ini.

“Kita perlu memastikan semua sistem (Baraj Kuching) berfungsi dengan baik agar keadaan banjir dapat dipantau sekali gus dapat memberi amaran kepada penduduk yang berada di kawasan berisiko banjir melalui stesen telemeteri,” katanya dalam lawatan ke Baraj Kuching, hari ini.

Ujar Lee, kini terdapat 20 stesen telemetri yang beroperasi di sepanjang Sg. Sarawak Kiri dan Sg. Sarawak Kanan yang dihubungkan ke Bilik Operasi Baraj Kuching.

Katanya, 20 stesen telemetri ini akan memberi maklumat kepada operasi Baraj untuk membuat keputusan dalam mengawal selia pelepasan lebihan air dari kawasan tadahan Sungai Sarawak ke laut.

“Bagi membolehkan operasi baraj berkesan dalam kawalan banjir, data taburan hujan dan paras air di kawasan tadahan atas, tengah dan bawah Sungai Sarawak dihantar setiap 30 minit ke bilik kawalan di baraj.

“Selain itu, stesen telemetri juga dilengkapi dengan siren untuk memberi amaran kepada penduduk kampung yang tinggal di kawasan sekitar supaya bergerak ke tempat yang lebih tinggi,” ujarnya.


by Suaraswk
January 10, 2022
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.558663 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list