CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 360|Reply: 0

[Sabah] Lelaki maut motosikal bergesel dengan kereta rakan

[Copy link]
Post time 10-1-2022 09:10 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 10-1-2022 01:11 PM



LOKASI KEJADIAN: Motosikal mangsa di lokasi kejadian selepas kemalangan terbabit. Gambar ihsan IPD Kota Kinabalu
KOTA KINABALU: Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Kepayan berhampiran lampu isyarat Pahlawan di sini kira-kira jam 8 malam tadi.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu Deputi Superintendan Jo Ak Hang berkata, mangsa dikenali sebagai Muhammad Taip Rahim berumur 25 tahun.

Katanya, kemalangan terbabit berlaku selepas motosikal mangsa bergesel dengan sebuah kereta yang dipandu oleh kenalannya sendiri.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik Hospital Queen Elizabeth (HQE).

"Difahamkan sebelum kejadian, kedua-dua mangsa dan pemandu kereta terbabit dalam perjalanan dari arah Kota Kinabalu menuju ke Kampung Dumpil Putatan untuk melihat sebuah kenderaan yang ingin dibeli.

"Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu kenderaan terbabit menukar laluan dari lorong kiri ke lorong paling kanan.

"Penunggang motosikal yang berada di lorong tengah cuba menukar laluan ke lorong paling kanan sebelum berlaku pergeseran sehingga menyebabkan mangsa terbabas dan merempuh pembahagi jalan," katanya ketika dihubungi mengesahkan kejadian di sini hari ini.

Beliau berkata, akibat dari pergeseran itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada jam 8.25 malam.


Dalam pada itu jelasnya, mangsa juga tidak disyaki mabuk namun, sampel darah akan diambil semasa bedah siasat dijalankan.

Katanya, sampel darah pemandu kenderaan berusia 34 tahun itu juga akan dihantar ke Jabatan Kimia bagi analisis alkohol dan dadah.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan polis.

utusanborneo.com.my/2022/01/10


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.253366 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list