CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 329|Reply: 0

[Sarawak] Sekolah bersemuka: Lega namun bimbang keselamatan anak berikutan Omicron

[Copy link]
Post time 10-1-2022 08:51 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 10-1-2022 12:52 PM



Kelihatan ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah di SK Bandaran No.3, setelah pembukaan semula sesi persekolahan secara bersemuka bermula, hari ini.
SIBU: Di sebalik kelegaan pembukaan semula sesi persekolahan bersemuka yang bermula hari ini, segelintir ibu bapa tidak dapat menyembunyikan kebimbangan mereka terhadap keselamatan anak-anak di sekolah.

Nursyikin Awang Ramli, 37, berkata meskipun jumlah kes harian di Sibu menunjukkan angka terendah, tetapi virus COVID-19 masih tetap ada dalam masyarakat.

Katanya lagi, penularan varian baru Omicron juga tidak boleh dipandang ringan.

"Saya akui memang sangat gembira dapat melihat anak saya kembali ke sekolah hari ini dan akan belajar secara bersemuka dengan guru mereka.

"Namun, kita sebagai ibu bapa tetap merasa bimbang kerana wabak ini masih menular dalam masyarakat, lebih-lebih lagi anak-anak kita yang berusia bawah 12 tahun masih belum divaksin," katanya ketika ditemui Utusan Borneo semasa menghantar anakya yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandaran No. 3 di sini hari ini.


Kelihatan ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah di SK Bandaran No.3, setelah pembukaan semula sesi persekolahan secara bersemuka bermula, hari ini.

Oleh itu, Nursyikin berharap para guru dapat membimbing murid sekolah dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di sekolah bagi mengelak kluster yang melibatkan murid sekolah.

"Saya harap dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru, murid sekolah dapat membiasakan diri mereka dalam suasana norma baharu sekarang," katanya.
Sementara itu, Sanusi Tahir, 63, yang menghantar dua orang cucunya di sekolah tersebut juga berkongsi kebimbangan yang sama.
Justeru, beliau kerap mengingatkan kedua cucunya supaya mendengar arahan guru dan tidak menanggalkan pelitup muka jika tidak ada keperluan.

Sanusi Tahir

"Pada usia yang masih kecil ini, tidak banyak perkara mengenai SOP dapat difahami serta dipatuhi oleh mereka di sekolah.

"Sebab itu, peranan gurulah yang paling besar dalam membantu anak-anak mematuhi SOP serta menjamin keselamatan mereka," ujarnya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Borneo mendapati para guru berkawal di hadapan pintu masuk sekolah bagi membantu mengambil bacaan suhu sebelum membenarkan murid masuk ke bilik darjah.

Murid-murid yang hadir juga turut menggunakan pelitup muka bagi mematuhi SOP ditetapkan.


utusanborneo.com.my/2022/01/10

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.578898 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list