CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 338|Reply: 0

[Sarawak] Bimbing belia supaya tidak terlalu taksub berpolitik sehingga ketepikan pendidikan

[Copy link]
Post time 10-1-2022 08:45 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Parti politik dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) khasnya yang berhasrat menubuhkan sayap mewakili belia diharap tidak terlalu menggunakan golongan muda bagi mencapai matlamat politik.

Penolong Naib Canselor (Kepimpinan dan Pembangunan) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Datu Mohd Fadzil Abdul Rahman berkata sayap-sayap lain yang lama dalam parti harus membimbing golongan itu agar mereka tidak terlalu obses dengan politik sebaliknya memberi peluang kepada mereka untuk menimba ilmu.

Beliau menambah pada usia 18 tahun golongan itu perlu memfokus kepada pendidikan selepas itu baharulah mereka boleh terlibat secara aktif dengan politik.

Mengakui parti politik tiada pilihan lain selepas mahkamah membuat keputusan membenarkan rakyat negara ini yang berumur 18 tahun mengundi Disember tahun lalu, semua parti politik terpaksa memikirkan mengenai kemandirian politik masing-masing pada masa depan.

Beliau menambah langkah PBB melebarkan sayapnya dengan meminda perlembagaan bagi menubuhkan satu cabang untuk golongan 18 hingga 28 tahun, satu pendekatan yang dilihat sebagai persiapan menghadapi cabaran Undi 18.

"Kalau tanya saya, sebagai ahli akademik, memang saya merasakan akademik lebih penting daripada yang lain-lain pada waktu ini maka untuk menjadi ahli politik yang bagus, hebat juga sepatutnya kita dahulukan pendidikan, selepas itu baharulah politik.

"Tetapi disebabkan keadaan sudah menjadi macam ini, jadi mahu tidak mahu kita terutamanya parti politik terpaksa mewujudkan cabang-cabang yang lebih cenderung kepada orang muda.

"Cuma kita berharap, sayap-sayap lain yang sudah lama dalam parti membimbing golongan ini kerana bagi saya mereka sangat 'fragile', baru keluar sekolah supaya mereka tidak terlalu taksud dengan politik sehingga lupa ilmu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Menteri yang juga Presiden PBB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Ahad, parti itu akan meminda perlembagaannya bagi mewujudkan sayap baharu menumpukan kepada golongan belia berusia 18 hingga 28 tahun.

Mohd Fadzil berkata langkah PBB itu bagus kerana penglibatan dalam politik pada usia seawal ini memberi pendedahan kepada anak-anak muda kerana sekarang  mereka juga dipertanggungjawab menentukan masa depan negara.

"Jadi kita tidak mahu generasi umur 18 tahun hanya diberi peluang memilih tetapi tidak tahu implikasi apa sahaja tindak tanduk mereka apabila memilih.

"Mungkin dengan adanya sayap belia ini orang muda yang cenderung berpolitik, berkebolehan berpolitik dapat membimbing rakan sebaya agar lebih faham implikasi, keperluan dan apa yang akan berlaku jika mereka tidak ambil serius mengenai pemilihan dalam pilihan raya," katanya.

Mohd Fadzil turut menasihati belia yang mahu terlibat dengan politik agar menguasai ilmu terlebih dahulu supaya mereka boleh menjadi pemimpin dan ahli politik yang hebat.

"Dahulukanlah pendidikan, dalamilah ilmu, saya tidak mahu mengatakan milikilah kelulusan, nanti ada pihak mengatakan hanya mereka yang ada ijazah sarjana muda sahaja boleh berpolitik.

"Maksud saya ialah dalamilah ilmu yang diceburi itu dengan betul-betul kerana pemimpin tanpa ilmu akan mengakibatkan negara, negeri ketinggalan.

"Jadi seorang pemimpin yang bakal memimpin negara tentunya daripada kalangan mempunyai ilmu secukupnya, kewarasan, kebijaksanaan dan kebolehan untuk memimpin, mentadbir, mengetuai dan sebagainya," ujarnya.



utusanborneo.com.my/2022/01/10

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.057715 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list