CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 53758|Reply: 334

Natasha Hudson sudah tanggal tudung? Kini kembali freehair

  [Copy link]
Post time 10-1-2022 07:47 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Raline at 10-1-2022 09:24 PM


NATASHA HUDSON

Natasha Hudson sudah tanggal tudung?

PETALING JAYA – Penampilan terbaharu pelakon Natasha Hudson tidak berhijab dalam gambar yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya semalam mengejutkan banyak pihak, terutama peminat.

Menerusi satu hantaran tersebut, Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 39, memuat naik gambar dan video sedang menjalani aktiviti luncur air di Kuantan, Pahang.

Malah, Natasha dilihat tampil dengan imej tanpa hijab ketika hadir memberi sokongan terhadap Monsoon Wavescape Festival yang berlangsung di Pantai Pelindung, Kuantan baru-baru ini.

Dalam satu lagi hantaran gambar dan video yang dimuat naik sebentar tadi pula, aktres filem Chermin itu hanya dilihat memakai baju-T berwarna putih dan topi berwarna hitam sedang menikmati keindahan pantai di Langkawi.

Sungguhpun begitu, tidak ada sebarang kenyataan daripada pihak Natasha berhubung imej terbaharunya itu, malah ruangan komen Instagramnya turut ditutup.

Perubahan imej Natasha mengejutkan ramai pihak kerana sebelum ini selain berhijab, bahkan pernah berniqab sekitar 2016.

Natasha bagaimanapun tampil dengan imej tidak berniqab selepas mendapat keizinan untuk membuka niqab daripada suami keempatnya, Noor Nashriq Sekarnor.

Untuk rekod, Natasha pernah berkahwin dan bercerai sebanyak empat kali. Perkahwinan pertamanya bersama Mohd. Faiz Mohd. Raih pada 2006 hanya bertahan selama empat bulan.

Diikuti perkahwinan kedua dengan ahli politik, Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 hanya bertahan selama dua tahun. Namun, menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Neesa Helena, 14.

Natasha kemudiannya berkahwin dengan penyanyi hip hop Khalid Kamal atau Carleed Khaza 15 April 2012. Menerusi perkahwinan bersama Carleed, Natasha dikurniakan dua cahaya mata, Naeema Khaleela, 9, dan Faatimah, 7. Pasangan ini bercerai pada 2018.




Natasha berkahwin kali keempat dengan seorang ahli perniagaan asal Kelantan, Noor Nashriq Sekarnor pada 7 Disember 2018, namun bercerai pada Oktober 2019.

Terdahulu pada Januari tahun lalu, Natasha turut mencetuskan kontroversi apabila mengenakan busana yang tidak selari dengan imej seorang muslimah dalam sebuah majlis pelancaran produk kacantikan.

Dalam acara tersebut, Natasha bukan sahaja menggayakan busana yang seolah-olah menampakkan bahagian bahu tetapi turut mempunyai belahan pada bahagian belakang sehingga menampakkan betisnya. – K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... dah-tanggal-tudung/

korang jgn kecam lebih2 kita pun xtw apa dugaan dia....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2022 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Religon rider termasyurrr...hur..hur..hur... Hehe.. Nak wat mcmane.. Tak pakai tudung lagi cantik.. Seksi.. Menarik... Tara pakai tudunglon berkali2x nikah.. Kuikui lantakla natasha oii...pandai2xla nak hidop...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by makcun14 at 10-1-2022 08:04 PM

She's a new woman .... gitewww. Sekarang ni lepak dengan surfers dan aktif extrem sports, nak pancing laki baru ke tewww
Kalau dulu feefeeling deep and kreatif trus sangkut ngan rapper.
Pasal tudung aku tak nak komen, aku berani ngaku kadang kadang pakai tshirt jach ngan tudung selempang, soal aurat ada jach terlepas pandang. Cuma ya la aku bukan retis so nobody cares kan
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa dia jd datin tu kan very classy la gaya dia.. Tp tu la jodoh x panjang
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
bambimo replied at 10-1-2022 08:03 PM
Masa dia jd datin tu kan very classy la gaya dia.. Tp tu la jodoh x panjang

Kannn... aku perasan gak, dia ni sejenis ubah lifestyle ikut laki yang dia nak pancing dan ternyata berjaya strategi sheols.
Ringan jach jodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 08:26 PM | Show all posts
Natasha bagaimanapun tampil dengan imej tidak berniqab selepas mendapat keizinan untuk membuka niqab daripada suami keempatnya, Noor Nashriq Sekarnor.

Natasha berkahwin kali keempat dengan seorang ahli perniagaan asal Kelantan, Noor Nashriq Sekarnor pada 7 Disember 2018, namun bercerai pada Oktober 2019.


lama dah tak bertudung ke apa?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2022 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
makcun14 replied at 10-1-2022 08:07 PM
Kannn... aku perasan gak, dia ni sejenis ubah lifestyle ikut laki yang dia nak pancing dan ternyat ...

org lawa mmg ringan jodoh, lelaki meleleh tgk
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
makcun14 replied at 10-1-2022 08:07 PM
Kannn... aku perasan gak, dia ni sejenis ubah lifestyle ikut laki yang dia nak pancing dan ternyat ...

Tips no 1 wajib lawa n kurus mcm sheol untung dpt merasa berbagai2 size. I rasa she xkisah pon kahwin cerai asalkan happy2 enjoy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2022 08:32 PM | Show all posts
Suatu ketika dahulu

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 10-1-2022 08:26 PM
lama dah tak bertudung ke apa?

buka niqab, bukan hijab sis
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya jadi perempuan cantik tapi hidup terumbang ambing
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
RED 666 replied at 10-1-2022 08:28 PM
org lawa mmg ringan jodoh, lelaki meleleh tgk

Kadang apa yang membuat jadi meleleh itu
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 08:44 PM | Show all posts
ex ex dia dah boleh buat Kelab bekas laki Natasha Hudson
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 08:45 PM | Show all posts
makcun14 replied at 10-1-2022 08:07 PM
Kannn... aku perasan gak, dia ni sejenis ubah lifestyle ikut laki yang dia nak pancing dan ternyat ...

Iols kena ikut strategi yg sama nampaknya
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah tggu la fesyen bertudung akan pupus utk jangka masa yang lama mgkn ambik 30 /40tahun lg baru kembali trend

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Free hair lagi cantik. Bukak je lah. Senang nak pki baju apa2.. bertudung pastu pki baju nampak bahu dah kenapa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2022 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
makcun14 replied at 10-1-2022 08:07 PM
Kannn... aku perasan gak, dia ni sejenis ubah lifestyle ikut laki yang dia nak pancing dan ternyat ...

So kita tggu laa
Mcm kenalan aku
Mase 1st laki wanita lambaian kabah
Laki ke 2 dia jenis sosial
Dgn dia2 berubah ....giteewww
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Incanto replied at 10-1-2022 08:44 PM
ex ex dia dah boleh buat Kelab bekas laki Natasha Hudson

Ramai mak mentua dia kan
Yg ke 5 ni camne laa
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Mentang2, cantik kurang kene kecam cube anak chefwan yg bukak Harus 2 rumah org dok kecamm
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Incanto replied at 10-1-2022 08:44 PM
ex ex dia dah boleh buat Kelab bekas laki Natasha Hudson

Hahaha ... harus meriah grup wasap dorang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.072501 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list