CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 297|Reply: 0

[Sarawak] Tingkat tiga kedai terbakar

[Copy link]
Post time 10-1-2022 07:35 PM | Show all posts |Read mode


Anggota bomba memadamkan kebakaran yang memusnahkan tingkat tiga bangunan sebuah kedai di Jalan Salim di sini pagi tadi. - Gambar bomba

SIBU: Tingkat tiga bangunan sebuah kedai terbakar di Jalan Salim, di sini hari ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon 4 Sibu Janggan Muling berkata pihaknya yang menerima panggilan kecemasan pada jam 9.21 pagi mengerahkan 11 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentral ke lokasi kejadian.

"Operasi pemadaman itu juga turut dibantu oleh lapan anggota bomba dari BBP Sungai Merah.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, api sedang marak dan bangunan kedai di tingkat tiga struktur kekal dengan anggaran keluasan 40 X 60 terbakar 100 peratus," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Janggan berkata, pasukan bomba menggunakan Satu Aliran Salur Bantu air dari tangki jentera dan naik melalui tangga bangunan kedai untuk memadamkan api kebakaran tersebut.

Selain itu, mereka juga turut menggunakan air tangki jentera pam pili bomba serta khidmat 'sky lift' untuk naik ke tingkat tiga bangunan kedai berkenaan bagi memadam api kebakaran secara defensif.

Katanya, api berjaya dipadam dan dikawal sepenuhnya kira-kira jam 9.44 pagi dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.

Namun siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.


utusanborneo.com.my/2022/01/10
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.062144 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list