CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 291|Reply: 0

[Sarawak] PRS akan pertimbangkan wujud sayap baharu untuk belia

[Copy link]
Post time 10-1-2022 07:33 PM | Show all posts |Read mode


Gambar fail

KUCHING: Parti Rakyat Sarawak (PRS) akan berbincang sama ada mahu mengikut jejak langkah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dengan menubuhkan sayap baharu untuk belia berusia antara 18 hingga 28 tahun.

Pemangku Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Joseph Salang Gandum (gambar) berkata, pihaknya akan mempertimbangkan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PRS terlebih dahulu.

"Kita akan bincangkan isu ini apabila kita bermesyuarat Majlis Tertinggi PRS pada 22 Januari ini,” katanya kepada Utusan Borneo hari ini.

Beliau berkata, cadangan PBB untuk mewujudkan satu lagi sayap baharu yang menumpukan kepada golongan belia berusia antara 18 hingga 28 tahun dalam PBB merupakan langkah yang tepat.

Penubuhan sayap baharu itu katanya, adalah selaras dengan kehendak semasa.

“Langkah PBB untuk meminda perlembagaan parti bagi membolehkan sayap baharu parti itu ditubuhkan khusus untuk belia antara 18 hingga 28 tahun amat tepat dengan kehendak semasa,” katanya.

Henry Harry Jinep

Sementara itu, Naib Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Henry Harry Jinep berpendapat penubuhan sayap baharu itu mungkin merupakan idea yang baik untuk  mana-mana parti komponen GPS bagi mengikut jejak langkah PBB.

“Langkah ini adalah demi kebaikan parti dan kebaikan masyarakat di dalam GPS sekali gus dapat membuka jalan kepada belia supaya mereka mempunyai landasan yang betul,” katanya.

Beliau berkata, PDP menyambut baik hasrat PBB yang mahu mewujudkan sayap baharu tersebut.

“Kita parti komponen dalam GPS menyambut baik hasrat PBB yang ingin mewujudkan sayap baharu khusus untuk belia dengan keahlian berusia antara 18 hingga 28 tahun,” katanya.

Terdahulu, Ketua Menteri yang juga Presiden PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, PBB akan meminda perlembagaan parti itu bagi mewujudkan satu lagi sayap baharu yang menumpukan kepada golongan belia berusia antara 18 hingga 28 tahun.

Pindaan perlembagaan bagi penubuhan sayap baharu itu katanya, akan dibentangkan pada Mesyuarat Agung Tritahunan (TGM) PBB pada Jun tahun ini.

“PBB akan meminda perlembagaan kerana ada cadangan untuk mewujudkan satu lagi sayap dalam parti.

“Sekarang ini kita ada pergerakan Wanita dan Pemuda, jadi kita akan wujudkan satu lagi sayap yang menumpukan kepada golongan belia berumur antara 18 hingga 28 tahun,” katanya yang juga Pengerusi GPS selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, malam Ahad.


utusanborneo.com.my/2022/01/10
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.402781 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list