CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 342|Reply: 1

[Sarawak] Gagal seludup 90,000 liter diesel, empat warga Indonesia ditahan

[Copy link]
Post time 10-1-2022 07:26 PM | Show all posts |Read mode

MIRI: Cubaan empat warga asing menyeludup 90,000 liter diesel bernilai RM1.5 juta mengguna sebuah kapal tangki minyak gagal apabila dipatahkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Miri pada awal pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Miri Komander Maritim Eizanizam Muhammad Eng berkata, kesemua kru dan tekong yang ditangkap adalah warga Indonesia berumur lingkungan 23 hingga 51 tahun ketika sedang belayar dari perairan Baram menuju ke Miri.

Katanya, kapal tangki minyak yang mencurigakan itu dikesan dan ditahan oleh bot KILAT 42 sekitar 1.7 batu nautika dari Barat Muara Sungai Miri kira-kira jam 2.35 pagi.

Jelasnya, serbuan dan tangkapan dibuat berikutan maklumat risikan mengenai pelanggaran undang-undang oleh komuniti maritim di sekitar perairan Miri.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati kapal tersebut disyaki telah melakukan beberapa kesalahan antaranya kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, kerana vesel tiada Master serta Domestic Shipping License (DSL) dan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana kerana tiada dokumen Surat Control Supplies Act (CSA).

“Selain itu, kapal yang membawa diesel itu juga tiada Sijil Akta Pembangunan Petroleum (PDA), tiada resit pembelian bahan bakar serta disyaki menyeludup diesel dan membawa minyak diesel melebihi kuantiti yang dibenarkan di dalam Borang C semasa diperiksa,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kesemua kru, kapal serta barang rampasan ditahan dan diriing masuk ke Jeti Pusat Tahanan Vesel (PTV), Zon Maritim Miri untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 serta Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1 juta bagi individu atau RM2 juta bagi pertubuhan perbadanan dan penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Dalam pada itu, Eizanizam berkata, APMM akan terus komited dalam melaksanakan rondaan dan pemantauan di perairan negara dari semasa ke semasa bagi mencegah aktiviti pelanggaran undang-undang, penyeludupan, pencerobohan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negara.

Untuk sebarang aduan serta maklumat berkenaan dengan sebarang aktiviti yang mencurigakan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Miri ditalian 085-418204 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam.



by Suaraswk
January 10, 2022
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2022 10:28 PM | Show all posts
nasib baik diesel...kalo rokok ke arak ke mau raya awl

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.049780 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list