CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 460|Reply: 0

[Pulau Pinang] FAMA sedang usaha stabilkan harga sayur

[Copy link]
Post time 10-1-2022 07:20 PM | Show all posts |Read mode
FAMA sedang usaha stabilkan harga sayur

Oleh Nur Izzati Mohamad - Januari 10, 2022 @ 6:30pmbhnews@bh.com.my




Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (dua dari kiri) ketika meninjau Pusat Operasi FAMA, Jalan Padang Lalang di sini. - Foto NSTP/Danial Saad


BUKIT MERTAJAM: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kini sedang berusaha menstabilkan harga sayur-sayuran supaya pengguna dapat kembali semula menikmatinya pada harga murah.

Ia susulan petani yang terjejas dengan bencana banjir dan berdepan kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat COVID-19 sudah memulakan projek penanaman pertanian mereka.

Pengerusi FAMA, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh, berkata pihaknya kini sedang berusaha dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi memastikan harga barangan khususnya sayur-sayuran kembali stabil.

"Kita ada pergi meninjau tempat banjir dan didapati harga barangan memang sedikit tinggi. Ini disebabkan petani yang terjejas dengan banjir dan PKP akibat COVID-19 tidak dapat meneruskan projek penanaman pertanian mereka.

"Dalam pada itu, kita juga mendengar terdapat masalah pengangkutan dari luar negara yang menyukarkan bekal;an tiba ke negara ini," katanya ketika mengadakan lawatan kerja di Kompleks Pengedaran FAMA di Padang Lalang, di sini, hari ini.

Jelasnya, petani yang berdepan masalah berikutan bencana banjir dan COVID-19 kini sudah memulakan proses tanaman yang mana jika semua dapat diatasi, termasuk isu pengangkutan dari luar negara maka harga barang termasuk sayur akan kembali stabil.

"Kita yakin harga akan kembali stabil dan turun beberapa bulan lagi kerana usaha sedang giat dijalankan," katanya.

Sementara itu, Mohd Fasiah berkata, FAMA melalui anak syarikatnya, FAMA Corporation Sdn Bhd (FAMACorp) dijangka memperluaskan lagi aktiviti perniagaan dengan meneroka cabang perniagaan yang lebih mencabar pada tahun ini.

Katanya, ia termasuk memanfaatkan sepenuhnya ruang yang terdapat di kompleks pengedaran, di sini dengan mewujudkan kemudahan bilik sejuk serta Pusat Teknologi Pembungkusan Retort melalui peruntukan sebanyak RM1.5 juta.

"Dengan adanya kemudahan ini, ia dapat membantu usahawan tempatan yang mempunyai akses pasaran eksport selain meningkatkan mutu pembungkusan dan pemprosesan aseptik yang diperbuat daripada pelbagai lapisan laminat fleksibel.

"Teknologi ini (pembungkusan retort) juga membenarkan pensterilan pelbagai jenis produk makanan dan minuman serta mampu meningkatkan kualiti dan jangka hayat produk," katanya.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.070827 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list