CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 323|Reply: 0

[Sabah] Dua maut, lima cedera dalam kemalangan tiga kenderaan

[Copy link]
Post time 10-1-2022 07:15 PM | Show all posts |Read mode


MAUT: Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang masih berada di dalam kenderaan berkenaan.

TAWAU: Dua maut, manakala lima lagi cedera dalam kejadian kemalangan yang melibatkan tiga kenderaan di simpang masuk Taman Semarak, Jalan Kuhara, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5.40 petang itu, kedua-dua mangsa iaitu wanita masing-masing berumur 20 dan 50 tahun maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.57 petang.

Katanya, kemalangan melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda termasuk yang dinaiki mangsa dan sebuah kereta.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan mangsa yang bergerak dari arah Gudang Empat cuba mengelak sebuah kereta yang cuba memasuki simpang Taman Semarak.

“Namun, jarak yang terlalu dekat mengakibatkan kenderaan mangsa tidak sempat mengelak sebelum melanggar bahagian depan kereta terbabit,” katanya dalam kenyataan medianya, di sini semalam.

Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan kenderaan mangsa terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lagi pacuan empat roda dan terbalik.

Beliau berkata, akibat dari kemalangan itu, dua wanita maut di tempat kejadian, tiga mengalami kecederaan parah dan dua lagi cedera ringan.

“Kesemua mangsa yang meninggal dunia dan cedera berada dalam satu kenderaan, manakala pemandu serta penumpang dua lagi kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Peter berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada pemandu kereta terbabit yang cuai semasa cuba memasuki simpang.

Katanya, pemandu kereta terbabit ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengankutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/09
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.056240 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list