CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 353|Reply: 0

[Sabah] Projek empangan air Cinta Mata siap hujung 2024

[Copy link]
Post time 10-1-2022 07:05 PM | Show all posts |Read mode


TINJAU: Bung (tengah) semasa melawat projek empangan Cinta Mata, Gudang Empat.

TAWAU: Masalah bekalan air bersih di daerah ini akan dapat diatasi sebaik sahaja empangan air Cinta Mata di Gudang Empat, di sini siap sepenuhnya hujung tahun 2024 depan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata empangan tersebut akan dapat memberi manfaat kepada hampir keseluruhan penduduk di daerah Tawau.

“Ia akan membekalkan air bersih untuk diproses di loji sedia ada dan mampu mengatasi masalah bekalan air yang kerap dihadapi penduduk di sini.
“Kita akan pastikan pelaksanaan projek ini akan berjalan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan walaupun terdapat kekangan yang dihadapi akibat penularan pandemik COVID-19 di negara ini,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata demikian semasa melawat tapak projek empangan air Cinta Mata, Gudang Empat, di sini hari ini.

Katanya, projek yang menelan kos lebih RM400 juta ini dijangka akan siap sepenuhnya dan sedia beroperasi hujung tahun 2024 depan.

“Saya mendapat penerangan daripada pihak perunding projek, pembinaan empangan ini berjalan mengikut jadual dan tidak ada masalah untuk menyiapkannya seperti yang dirancang,” katanya.

Bung berharap semua penduduk di daerah ini supaya bersabar dan menunggu empangan air yang sedang dibina siap sepenuhnya.

“Saya faham tekanan dihadapi oleh rakyat yang selalu mengalami gangguan bekalan air, namun kerajaan sedang berusaha sebaik mungkin untuk mengatasi masalah tersebut.

“Kerajaan juga akan mengambil inisiatif jangka masa pendek supaya penduduk di daerah ini dapat dibantu sementara empangan itu siap,” katanya.


PROJEK: Projek empangan sedang dalam pembinaan dan dijangka siap mengikut jadual.

Menurutnya, buat masa ini, kerajaan akan terus membekalkan air secara manual bagi kawasan yang terjejas dengan menghantar air melalui lori.

“Saya maklum, daerah ini kekurangan lori, tetapi saya sudah arahkan Jabatan Air Tawau supaya mendapatkan khidmat kontraktor untuk menghantar air.

“Saya juga sudah mencadangkan kepada wakil rakyat kerajaan supaya mewujudkan satu tempat simpanan tangki di kawasan terjejas supaya lori air dapat menghantar air tiga kali seminggu,” katanya.

Sementara itu, beliau yang ditanya mengenai lawatannya ke Serudong Kalabakan dan Simanggaris Indonesia, katanya lawatannya itu adalah untuk melihat sendiri laluan penghubung antara dua negara ini.

“Saya melihat jajaran yang boleh diguna pakai untuk cadangan projek jalan raya menghubungkan Kalabakan Malaysia dan Simanggaris Indonesia.

“Melalui taklimat yang diberikan, jalan raya menghubungkan Malaysia-Indonesia tersebut sejauh 39 kilometer,” katanya.

Bung berkata, Perdana Menteri juga sudah dimaklumkan, bahawa projek tersebut perlu segera dilaksanakan kerana ia memberi impak yang besar kepada rakyat Sabah setelah perpindahan ibu kota, Indonesia ke Kalimantan.

“Kita menjangkakan, jalan raya tersebut akan memberikan impak yang besar dari segi ekonomi, pelancongan dan sebagainya.

“Ia juga akan membantu meningkatkan kebangkitan pembangunan di Sabah dan mengeluarkan penduduk di negeri ini daripada garis kemiskinan,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/09
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.555281 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list