CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 315|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 10/01/2022

[Copy link]
Post time 10-1-2022 06:59 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 10-1-2022 02:21 PM



Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 161 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 242,705 kes. Tiada kes kematian dilaporkan pada hari ini.

Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 219 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 235,404 orang. Manakala 735 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 403 orang di hospital, 333 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awa dan dua (2) orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 35 orang merangkumi 32 di ICU/repurposed kritikal care serta tiga (3) di open ward (HDW/kubikel akut) dan 14 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Manakala bilangan pesakit stage empat (4) dan lima (5) yang masih belum lengkap vaksin ialah 23 (24.47%).

Kedudukan Kes Positif COVID-19

a. Jumlah kes baharu hari ini ialah 161 kes, penurunan 37 kes berbanding jumlah kes semalam.

b. Kedudukan semasa di semua daerah menampakkan fasa penstabilan kecuali beberapa daerah di mana kes harian turun naik secara mendadak hampir setiap hari. Antaranya Kota Kinabalu (29 kes) yang turun 16 kes hari ini walaupun masih merupakan daerah yang mencatat kes baharu tertinggi di negeri Sabah. Ranau (28 kes) pula kembali mencatat jumlah kes yang tinggi termasuk enam (6) kes baharu daripada Kluster Hotel Perkasa. Tidak ada kes baharu dicatatkan di lapan (daerah dan kurang 10 kes baharu di 14 daerah.

c. Daripada 161 kes baharu hari ini, 158 kes adalah dalam Kategori 1 dan 2, satu (1) kes dalam Kategori 3 dan dua (2) kes dalam Kategori 4.

d. Adalah juga diperhatikan bahawa 31 orang atau 19.2% daripada 161 pesakit baharu yang dilaporkan hari ini merupakan kanak-kanak bawah umur 12 tahun yang belum layak diberi vaksin. Ibubapa dan ahli-ahli keluarga dewasa yang tinggal bersama kanak-kanak yang masih kecil diseru agar berhati-hati bagi mengelak dijangkiti dan secara tak sengaja menjadi pembawa virus tersebut ke rumah. Setakat 9 Januari 2022, kadar kebolehjangkitan atau R0/RT bagi Sabah naik ke 1.07 berbanding kadar kebangsaan 0.98. Patuhi SOP dan nasihatnasihat KKM sepanjang masa.

e. Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak (82) kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.129164 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list