CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 358|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 10/01/2022

[Copy link]
Post time 10-1-2022 06:57 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 10-1-2022 11:31 AM





COVID-19: Tujuh kes baharu, tiada kematian

KUCHING: Jumlah kes harian COVID-19 di Sarawak menunjukkan penurunan dengan hanya tujuh kes baharu direkodkan hari ini berbanding 22 kes pada Ahad.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata dengan penambahan tujuh kes baharu hari ini, jumlah kumulatif kes COVID-19 di negeri ini setakat ini ialah 252,505.

Menurut JPBNS, daripada kes baharu yang dilaporkan hari ini, tiga daripadanya adalah kategori satu (tiada gejala), dua lagi kategori dua (gejala ringan) manakala dua merupakan kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen).

Memperincikan kes baharu, JPBNS berkata Kuching merekodkan empat kes diikuti Bintulu (2) dan Sibu dengan satu kes.

Dalam pada itu, JPBNS memaklumkan tiada kematian direkodkan dan tiada kluster baharu membabitkan kes COVID-19 di Sarawak.

Dalam perkembangan sama, jawatankuasa itu memberitahu sehingga jam 8 pagi hari ini terdapat 362 individu di bawah pengawasan (PUS) dikuarantin di pusat-pusat kuarantin di seluruh negeri dan daripada jumlah 126 orang adalah PUS baharu.

Mengenai notis kompaun, polis Sarawak mengeluarkan enam kompaun dengan empat daripadanya dikeluarkan di Miri dan dua di Kuching akibat kesalahan tidak menjaga penjarakan fizikal (4); gagal mengimbas QR Code MySejahtera atau mencatat kehadiran sebelum memasuki premis (1) dan tidak memakai pelitup muka (1).

Dengan ini ujar JPBNS, jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan oleh polis Sarawak setakat ini adalah 12,863 kompaun.


utusanborneo.com.my/2022/01/10
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-1-2022 06:58 PM | Show all posts







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.054202 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list