CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: seribulan

[Bantuan Banjir] -Bantuan & Sumbangan Malaysia. (apdet 31/12/2022)

  [Copy link]
 Author| Post time 11-2-2022 11:24 AM | Show all posts
Bantuan 2022
Jika anda sedang cari senarai pengumuman bantuan 2022 rakyat oleh kerajaan Malaysia, nah ini senarai LENGKAP untuk anda.
Di sini kami kumpulkan segala berita baik mengenai pengumuman bantuan rakyat yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia.
Setiap pengumuman bantuan rakyat yang dibuat oleh kerajaan dilengkapkan dengan kepada semua pengunjung di portal ini.
Ini bagi memudahkan anda memahami segala proses permohanan sehinggalah lulus semakan keputusan permohonan.
Senarai Bantuan 2022 Kerajaan Malaysia
Antara bantuan 2022 yang ditawarkan kerajaan Malaysia pada ketika ini adalah:


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-4-2022 08:59 AM | Show all posts

Kerajaan sediakan Skim Insurans Keluarga Malaysia

https://www.kosmo.com.my/2022/03 ... -keluarga-malaysia/

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
25 Mac 2022, 5:45 pm


Ismail Sabri

KANGAR – Kerajaan bersetuju menyediakan Skim Insurans Keluarga Malaysia bagi memberi perlindungan sosial kepada golongan miskin dan miskin tegar di seluruh negara dengan melibatkan kos sebanyak RM13.4 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, di bawah skim tersebut, kesemua Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dalam sistem e-Kasih diberi perlindungan insurans.

“Ia melibatkan sebanyak 268,000 keluarga miskin dengan premium RM50 setahun dengan kos sebanyak RM13.4 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) peringkat negeri Perlis yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di sini.

Hadir sama Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim selaku menteri peneraju JAKM peringkat Perlis; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid serta Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.

Mengulas lanjut, kata beliau, sekiranya KIR meninggal dunia disebabkan kematian biasa, keluarga akan mendapat manfaat RM10,000.

“Manfaat bagi keilatan kekal juga RM10,000 sementara yang meninggal dunia akibat kemalangan RM20,000,” ujarnya.

Menurut beliau, Pru-takaful BSN menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu sejak 2018 memberi perlindungan insurans RM30,000 secara percuma bagi KIR yang berdaftar menerusi e-Kasih. – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2022 03:11 PM | Show all posts


https://www.portalmalaysia.com/s ... aan-bulan-mei-2022/

Pada April 2022, pelbagai jenis bantuan disalurkan kepada mereka yang layak sempena kedatangan bulan mulia Ramadan.
Menjelang bulan Mei, pelbagai bantuan lain terus disalurkan kepada rakyat selaras dengan perancangan kerajaan melalui Bajet 2022 dan pengumuman lain. Berikut adalah senarai bantuan kerajaan dan tarikh Mei 2022:-
Ingin menjadi orang pertama yang memohon BANTUAN KERAJAAN?
Sertai Bantuan Rasmi Kerajaan WhatsApp:
Tekan di sini


Senarai Kandungan
[url=][/url]


Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Mei 2022a) Bantuan e-Pemula RM150
Program ePemula merupakan inisiatif kerajaan di bawah Bajet 2022 yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan belia serta membantu memulihkan perniagaan pekedai fizikal serta menggalakkan transaksi tanpa tunai.

Ia terbuka kepada belia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa di peringkat Diploma atau SKM4 dan ke atas di institut pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia yang berdaftar dengan kementerian terbabit.
Tempoh tuntutan kredit e-tunai sebanyak RM150 dibuka mulai 11 April 2022 hingga 1 Jun 2022 dan kredit boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.
Cara tebus EPemula <— Klik Sini
b) Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
Bagi mereka yang permohonan BKM ditolak, Rayuan BKM dibuka selama sebulan bermula 02 Mei hingga 02 Jun 2022. Bagi prosedur rayuan, pemohon perlu mengenal pasti Kod Sebab Tidak Lulus dan mengemukakan Bukti Dokumen Sokongan yang diperlukan ke dalam sistem semasa permohonan rayuan dalam talian. atau dikemukakan kepada Cawangan LHDNM untuk permohonan Rayuan secara manual.
Mohon rayuan BKM RM2000 <— Klik Sini
c) Permohonan Tablet Percuma
Bantuan Tablet Percuma atau dikenali sebagai PerantiSiswa2022 ini diperkenalkan Kerajaan selaras dengan pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat. Ia terbuka kepada pelajar daripada keluarga B40 (pendapatan isi rumah RM4,850 ke bawah) yang mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah Sarjana Muda.
Permohonan boleh dikemukakan di portal rasmi PERANTIS KKMM.
d) Bantuan BMT RISDA RM600
RISDA telah memperkenalkan bantuan kewangan sebanyak RM600 di bawah Bantuan Monsun (BMT). Permohonan untuk tahun 2022 telah pun dibuka pada 05 Mei sehingga tarikh tutup 15 September 2022.
Permohonan BMT boleh dihantar secara dalam talian di Portal Pekebun Kecil RISDA (KLIK SINI).
Pembayaran bantuan ini akan dilaksanakan dalam dua fasa (RM300 setiap fasa) pada November dan Disember 2022.

e) Bantuan Bulanan JKM
Bagi mereka yang telah memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, tarikh rasmi pembayaran untuk bulan Mei adalah dari 25 -30 April 2022.
Download borang permohonan JKM di sini.
Info Lanjut
Setakat ini sahaja untuk bantuan kerajaan bulan Mei ini. Segala jenis bantuan kerajaan yang lain Portal Malaysia akan update di dalam website dengan pantas. Mohon bookmark website ini untuk rujukan masa depan.


Sila KONGSI senarai bantuan ini ke Group Bantuan Facebook anda, Whatsapp rakan & keluarga anda, untuk manfaat bersama.
Penafian – Semua artikel kami kongsikan dihalaman ini merupakan panduan dan rujukan artikel berkaitan dengan “Mohon Sekarang | Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Mei 2022” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.











Hak Cipta Terpelihara PortalMalaysia © 2022




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2022 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by seribulan at 31-12-2022 09:28 PM

ANDA TERKESAN BANJIR?

*Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 untuk satu  (1) Ketua Isi Rumah (KIR)

1. Bagi KIR yang telah membawa keluarga berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), pendaftaran BWI TIDAK PERLU DIBUAT kerana senarai nama pendaftaran di PPS akan dihantar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke Pejabat Daerah.

2. Bagi KIR yang rumah terkesan banjir tetapi tidak berpindah ke PPS, pendaftaran boleh dibuat menerusi ketua-ketua masyarakat atau di Pejabat Daerah berhampiran lokasi anda.

*Nota Makluman*

* Semua proses pendaftaran, verifikasi, kelulusan & agihan BWI adalah di bawah tanggungjawap Pejabat Daerah/ Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD)/ Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBD).

* Peruntukan BWI disalurkan daripada Kumpulan Wang Amanah Bencana Negara (KWABN) yang diselaraskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

* NADMA tidak terlibat dalam sebarang proses pendaftaran, verifikasi, kelulusan atau agihan BWI kepada KIR.

Agensi Pengurusan Bencana Negara
t.me/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
31 Disember 2022
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2022 10:27 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.054741 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list