CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1990|Reply: 14

[Jenayah] (POLL) pandangan agamawan terhadap kes azam baki

  [Copy link]
Post time 10-1-2022 03:30 PM | Show all posts |Read mode
antara 2 keterangan dari maza dan hj hadi.
mana satu pilihan korang?
mari buat pilihan.



Single Polls, Total 45 Users voted
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2022 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Hadi awang ni kalau dinyahkan dr Pas baru aman agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2022 01:37 AM | Show all posts
Dia ni banyak pengalaman pasal corruption,pasal tu kalau orang yg tak amanah senang nak manipulasi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2022 02:56 PM | Show all posts
mana lebai2 walaun nih??
takde yg nak sokong pesiden ka??
11-0 dah nih

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2022 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Maza bising2 ni semoga takde walaun bakar kereta dia lg
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2022 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
nw111 replied at 10-1-2022 04:04 PM
Hadi awang ni kalau dinyahkan dr Pas baru aman agaknya

mcm entire pas je patut dinyahkan dari bumi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2022 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih………….
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2022 10:15 PM | Show all posts
Dia kerja tempat tu sejak mula employment,gilos.

Pasaltu kampeni kampeni yg bijak takkan kekalkan satu pekerja dlm satu jabatan terlalu lama,banyak pengalaman banyak taik minyak nanti.

Ni dia guna pengalaman utk kepentingan diri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2022 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Skandal SPRM: Artikel cari pasal

Tulisan aku ini bukan untuk meneliti betul atau salah pengakuan TS Azam, tetapi sikap kita terhadap berita yang diterima. Aku mengambil beberapa masa bagi mencari kekuatan menulis tulisan ini. Melihat kepada gelombang yang maha dahsyat, menghempas kepada ramai orang ketika ini, iaitu keyakinan yang terhakis terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), akibat daripada satu pendedahan oleh 'whistleblower' berkenaan pemilikan saham atas nama Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki yang kemudiannya dinafikan oleh beliau, bahawa saham itu kepunyaan adiknya, tetapi menggunakan akaun sahamnya.

Setelah aku menunggu masa sesuai, kemudiannya muncullah tulisan Tan Sri Tuan Guru Presiden PAS dalam tajuk 'Apabila Media Menjadi Hakim' yang secara jelas menujukan kepada kerosakan yang dibawa oleh media apabila mengajak rakyat berhukum dengan apa yang mereka dedahkan, tanpa mengambil kira perbicaraan di mahkamah. Tulis beliau, ada ajakan untuk mengembalikan seruan zaman kuno dahulu iaitu 'suara rakyat adalah suara tuhan'.

Dengan memetik beberapa ayat al-Quran, TS Presiden PAS menjelaskan Islam menyuruh manusia untuk berhukum mengikut aturan Allah yang diturunkan melalui al-Quran. Begitulah beliau mengulanginya lagi, buat kesekian kalinya, yang dituduh tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah. Inilah ketetapan beliau yang teguh, tanpa berubah, walau dengan sesiapa sekalipun. Beliau tidak berganjak, kerana ini adalah suruhan Allah. Sudah banyak kali beliau menyatakan pendiriannya ini dan beliau melakukannya, bukan cakap kosong.

Apabila Datuk Seri Najib didakwa, beliau diam. Bukan kerana pernah berbaju sedondon, tetapi kerana Allah menyuruh, tunggu sehingga hukuman dijatuhkan. Apabila Lim Guan Eng didakwa, sikap yang sama beliau ambil, walaupun sudah banyak kali LGE menyakiti beliau, walau LGE bukan Islam. Berseteru dalam politik, tidak mengeheret beliau ke kancah kezaliman. Beliau melakukan kerja-kerja dakwah lain yang lebih berfaedah daripada menghukum LGE ketika masih belum terbukti bersalah. Ini semua kerana Islam ajarkan.

Ramai yang sinis dengan PAS, apabila PAS menyatakan berpuashati dengan penjelasan Arul Kanda berkenaan 1MDB dahulu. Yang memerli PAS atau mengutuk PAS itu, kerana tidak faham apa kehendak Islam. Pertamanya PAS bukan hakim atau mahkamah dimana pendapat PAS terhadap sesuatu perkara itu, adalah hukuman tuntas atau menjadi satu keputusan rujukan bagi penghakiman. Bukan begitu. PAS hanya menyatakan pendapatnya setelah mendengar penjelasan oleh pihak yang autoriti.

Jelas sikap PAS berkait rapat dengan kisah Rasulullah dengan dua orang yang sedang bertelagah. Rasulullah mengingatkan supaya mereka bercakap benar dan tidak mengambil hak orang. Rasulullah hanya akan berhakim dengan apa yang baginda dengar. Baginda tidak tahu apa isi hati manusia. Ia bukan kerja Rasulullah. Jika pandai berbelit, dia mungkin terlepas hukuman dunia. Jadi Rasulullah yang mulia juga berkemungkinan dipengaruhi dengan perkataan manusia. PAS apatah lagi.

Dalam satu lagi kisah, Rasulullah berhukum dengan pengakuan seorang wanita yang menafikan dirinya berzina, sedang dalam keadaan Rasulullah tahu dia berbohong. Maka kemudiannya setelah lahirnya anak itu, wajah anak itu, saling tidak tumpah dengan lelaki yang dia berzina itu. Beginilah sikap dalam Islam. Berhukum dengan bukti, saksi dan keterangan lain. Bukan hanya dengan pendedahan sahaja. Islam memberi peringatan, bahawa ada dua mahkamah dalam hidup kita. Jika terlepas dari mahkamah dunia, maka akan berhadapan pula dengan mahkamah akhirat yang mana tiada lagi kelepasan.

Ramai yang bukan sahaja menjatuhkan hukuman bersalah kepada TS Azam Baki, malah dengan kerasnya menghina beliau serta adiknya. Ini juga tidak betul kerana Rasulullah melarang kita menghina pendosa. Kisah berkenaan sahabat yang menghina sorang penzina ketika hukuman sedang dijalankan setelah didapati bersalah, ditegur oleh Rasulullah supaya tidak menghina diri pesalah, tetapi boleh merasa marah dengan dosa itu. Bermaksud jangan menyerang peribadi. Dia mungkin kalah kepada nafsunya, ada ruang yang sangat banyak untuk bertaubat. Apa lagi yang belum dibicarakan.

Masalah manusia yang tidak mengenal agama, mereka mahukan hukuman segera dijatuhkan di dunia. Paling jahat, mereka mahukan hukuman dijatuhkan kepada orang yang mereka tuduh, tanpa perbicaraan. Jika mereka dakwa, dikira sudah bersalah. Begitulah bagi golongan yang tiada asas agama dalam diri mereka. Ajakan mengenakan hukuman ini dengan beberapa slogan yang memberikan gambaran bahawa sesiapa yang tidak bersama mereka, adalah golongan pelindung kepada pesalah.

Tiada salahnya menyuruh yang terkena tuduhan untuk berehat sebentar. Mungkin bagi melegakan tekanan atas dirinya atau boleh diadakan siasatan menyeluruh dengan lebih terbuka. Siasat, jangan tidak siasat. Tetapi berilah juga peluang kepada yang dituduh untuk bernafas. Dan jika beliau tidak mahu berehat, jangan disalahkan beliau, kerana LGE juga dahulu, tidak berehat daripada tugasannya, tiada pula dari pihak sana yang bantah. Ambil kisah Kaab bin Malik yang dihukum setelah terbukti kesalahannya, tetapi tidak dihina kerana dosanya itu. Kaab tidak dihukum sebelum datangnya ketetapan Allah.

Aku hanya mengintai dari kejauhan yang mana kemungkinan pencalaran imej ini, adakah berkait dengan beberapa kes yang sedang berlangsung sekarang di mahkamah? Jika calaran ini dalam dan berbekas, maka nanti apa-apa sahaja daripada SPRM, akan ditolak orang. Tiada lagi kepercayaan. Masih ingat kisah Teoh Beng Hock? Sehingga selepas menang, mereka membuka semula kes itu, tetapi tiada apa-apa kesalahan yang membolehkan mereka mendakwa SPRM. Keluarga Beng Hock merasa tertipu. Kita juga. Masih lupa? Jika lupa, ingat pula kes-kes yang didedahkan oleh pakar formula dari PKR. Masih berbau hancingnya.

Lihat kepada sejarah. Uthman dibunuh kerana tuduhan salahguna kuasa, Ali dibunuh kerana dituduh tidak menghukum pembunuh Uthman. Fitnah yang digerakkan oleh golongan pemberontak ketika itu. Bukti sekarang ini sudah cukup, nanti jika TS Azam tidak didapati bersalah, maka SPRM akan dituduh macam-macam. Maka benarlah nasihat Tan Sri Presiden PAS yang kita mesti ikut Islam dalam berhukum, jangan ikut pihak yang jahil Islamnya. Aku bersama Presiden PAS yang sekarang ini diserang kerana menyampaikan kebenaran Islam.

Mohd Nasir Abdullah
10 Januari 2022

#pulakdah
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 11-1-2022 04:51 PM
mcm entire pas je patut dinyahkan dari bumi

Nak nyah semua susah jgk...walaun yg taksub ramai sgt..kalau dpt nyahkan kepala yg menyesatkan dh cukup baik...dpt mcm arwah tgna dulu..zaman tu aku pun sokong kuat pas ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Jwtn duta timur tengah tp kaki x jejak sana, habistu mkn gaji puluh2 ribu tiap2 bln buta2 cmtu apa hukum plk?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 01:37 PM | Show all posts
bila ada dlm kerajaan yg sama
semua yg kerajaan tu buat betul
bila duduk jd pembangkang
semua benda pun salah
berkumpul di padang Merbok
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 01:52 PM | Show all posts
Apabila politikus tua berbicara.Balik-balik duk salahkan barat dan sistem demokrasi. Dia nak Malaysia ni diperintah mcm Brunei ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 03:52 PM | Show all posts
masing2 ada kepentingan sis. Kalau AB kena dakwa, nanti dia pergi bocor hal orang lain pulak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2022 08:14 AM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 11-1-2022 10:24 PM
Skandal SPRM: Artikel cari pasal

Tulisan aku ini bukan untuk meneliti betul atau salah pengakuan TS ...

ikut artikel tu katanya jgn menghukum sebelum tertuduh diadili.

mungkin uol tertinggal keretapi atau tak ikut langsung kes azam baki nih.
yg buatkan org marah ialah tertuduh dgn bangga mengaku dah langgar undang2.

azam baki kata adik heol guna nama heol utk pelaburan saham.
suruhanjaya sekuriti pulak kata takboleh mewakili sesapa dlm pelaburan saham.

(itu baru kira part perlanggaran undang2 yg directly,
blom kita persoalkan kenape adik nak main saham guna nama abg.
blom cukup umur 18 ke kene muflis?).
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.069850 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list