CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 117|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tiada obligasi bayar air mentah Sungai Muda kepada Kedah: PBAPP

[Copy link]
Post time 10-1-2022 11:50 AM | Show all posts |Read mode
Tiada obligasi bayar air mentah Sungai Muda kepada Kedah: PBAPP
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 10 Januari 2022


Jaseni


GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) tidak mempunyai obligasi untuk membayar kepada kerajaan Kedah bagi kerja mengabstraksi air mentah dari Sungai Muda dan dari kawasan tadahan Ulu Sungai Muda yang terletak di Kedah.


Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Datuk Jaseni Maidinsa berkata, PBAPP mengabstrak air mentah Sungai Muda dari sebelah Pulau Pinang setiap hari.


Menurutnya, berdasarkan Akta Kedah dan Pulau Pinang (Pengubahan Sempadan) 1985 (Akta 325), ia tidak menyebut sebarang bayaran untuk pengambilan air mentah.


"Berdasarkan akta tersebut, kerajaan negeri dan PBAPP tidak mempunyai obligasi untuk membayar kepada Kedah bagi mengabstraksi air mentah dari Sungai Muda dan dari kawasan tadahan Ulu Sungai Muda yang terletak di Kedah.


"Pada hakikatnya, Pulau Pinang memegang kedua-dua hak perundangan dan hak riparian untuk mengabstrak air mentah dari Sungai Muda tanpa sebarang bayaran," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.


Pada 31 Disember 1985, Akta Kedah dan Pulau Pinang (Pengubahan Sempadan) 1985 (Akta 325) telah diwartakan dan dimasukkan sebagai Akta dalam Perkara 2 Perlembagaan Malaysia.


Akta itu menjajarkan semula salah satu sempadan negeri kepada garisan tengah Sungai Muda.


Dalam pada itu, beliau berkata, hak riparian adalah terpakai kerana Sungai Muda mengalir melalui wilayah Pulau Pinang.


"Hak undang-undang terlihat dalam perbahasan Parlimen berkenaan Akta 325 dan ahli Parlimen Kedah bersetuju dengan penggubalannya pada 1985.


"Sesetengah pihak mungkin ingin mendakwa bahawa Pulau Pinang adalah sebahagian daripada Kedah atau menuntut bayaran air daripada Pulau Pinang, namun terdapat dokumen dan undang-undang rasmi yang menyatakan sebaliknya," jelasnya.


Pada Sabtu lalu, kerajaan Kedah melantik peguam bagi mendapatkan konsultasi menguruskan tuntutan caj air mentah terhadap Pulau Pinang.


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan berkata, tindakan itu menunjukkan kerajaan negeri serius dalam isu tuntutan terbabit.


Kerajaan Kedah sebelum ini mengemukakan tuntutan bertulis kepada Pulau Pinang untuk mengenakan caj air mentah sebanyak RM50 juta setahun berikutan PBAPP mendapat bekalan air dari Sungai Ulu Muda yang berpunca dari Kedah.


Bagaimanapun, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow mengulangi pendirian dengan menegaskan bahawa kerajaan Pulau Pinang tidak akan membuat sebarang bayaran sebagai bayaran pajakan kepada Kedah.


Tambahnya, kerajaan Persekutuan juga tidak perlu membayar sebarang tuntutan yang luar daripada perjanjian sedia ada.


Kon Yeow berkata, mengikut konvensyen antarabangsa, sesiapa sahaja mempunyai hak riparian untuk penggunaan air mentah.


"Pulau Pinang bersedia untuk berjumpa dengan kerajaan Kedah di mahkamah bagi menyelesaikan isu tuntutan caj air mentah yang dibangkitkan sebelum ini," ujarnya.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -kepada-Kedah-PBAPP
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-7-2022 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.079638 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list